Monday, January 28, 2013

Aktiviti cuti maulud dan thaipusam

Isnin: Berenang di pantai cahaya, Port Dickson bersama Cik gu Bazli dan rakan-rakan renang.


Ahad: kayuh bersama Zamani Supartin dan Abdul Razak Jaafar. Mula kayuh dari Salak melalui Jenderam hulu, Bangi, UKM, Jalan Reko, Kajang Utama, Semenyih, Broga. Tiba di Broga tayar basikal bocor. Zamani dan Razak meneruskan kayuhan ke Lenggeng. Terpaksa telefon anak untuk mengambil. Sementara menunggu, aku tolak daro Broga ke Universiti Notingham. Jadi hari ini kayuh 1jam 30 min dan tolak basikal 40 min.

Sabtu: Kayuh basikal gunung dari rumah melalui Kg Giching, Bandar Baru Salak Tinggi. Tiba di Taman Dalia jumpa Sham Amri ajak dia masuk  ladang sawit sebelah bukit 360 menuju ke Jenderam Hulu. Minum sekejap. Sambung kayuh ke ladang sawit sebelah Nilai Spring Golf dan keluar di Nilai.


Jumaat: Joging di Taman Awam Nilai.

Khamis: Renang di Pantai Cahaya Port Dickson selama 2 jam bersama Bazli, Sabki, Azmi, dll.
Gambar disalin dari fb cikgu bazli
Gambar disalin dari fb cikgu bazli

Friday, January 25, 2013

Taman Awam Nilai

Awal pagi hujan. Kira-kira jam 9 hujan pun reda. Aku berjoging di Taman Awam Nilai selama 1 jam. Hari ini genap usia ku 57 tahun hijrah.


Sunday, January 20, 2013

Penang Triathlon/Bukit Bendera

Hari ini bermain triathlon di Kelab Renang Cina, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Renang 800m, kayuh 20km dan lari 5km. Kali ini guna basikal gunung untuk acara basikal. Tak bawa basikal jalan kerana ingin mengambil kesempatan untuk kayuhan luar jalan di Bukit Bendera.




Semalam bermain basikal gunung bersama Omar dan Izani di Bukit Bendera. Kami mula berkayuh jam 0830 bermula dari Waterfall menuju ke puncak Bukit Bendera melalui jalan tar. Ketika hampir di puncak kami bertemu seorang wanita Cina yang baik hati  Brenda Yee menunjukkan laluan turun tunggal melalui Bukit Harimau menuju ke Air Itam. Pendakian dan penurunan memang curam. Jarak kayuhan 27km = 3++jam.



Sunday, January 13, 2013

Bersenam di Gimnasium

Bila hujan pilihan yang terbaik untuk bersenam ialah di gimnasium.Antara gimnasium rakyat berdekatan ialah Gimnasium 1Malaysia di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Presint 4, Putrajaya.



Thursday, January 3, 2013

Latihan Swimathon

Bersama smart-renang.com kami berenang beramai-ramai di pantai cahaya, port dickson pada 1 Jan 2013. bila ramai kuranglah perasaan gayat dan takut. Gambar berikut dipetik dari FB semart-renang.
 Dari kanan: Ali, Azmi, Bazli, aku dan Hanif


Sabki - perenang tangan kanan!

Air masin yang bersih secara semulajadi tanpa klorin cukup menyegarkan kulit.