Sunday, January 20, 2013

Penang Triathlon/Bukit Bendera

Hari ini bermain triathlon di Kelab Renang Cina, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Renang 800m, kayuh 20km dan lari 5km. Kali ini guna basikal gunung untuk acara basikal. Tak bawa basikal jalan kerana ingin mengambil kesempatan untuk kayuhan luar jalan di Bukit Bendera.




Semalam bermain basikal gunung bersama Omar dan Izani di Bukit Bendera. Kami mula berkayuh jam 0830 bermula dari Waterfall menuju ke puncak Bukit Bendera melalui jalan tar. Ketika hampir di puncak kami bertemu seorang wanita Cina yang baik hati  Brenda Yee menunjukkan laluan turun tunggal melalui Bukit Harimau menuju ke Air Itam. Pendakian dan penurunan memang curam. Jarak kayuhan 27km = 3++jam.



1 comment:

Hazwan Hafiz said...

Nice entry ! Baru tahu boleh naik basikal di Bukit Bendera