Saturday, November 29, 2014

Swimming for miracle

Renang 72 jam relay bermula Jumaat 28 Nov jam 6 ptg dan akan tamat 6 ptg 1 Dis 2014. Bayaran sambil menderma untuk orang miskin dikenakan sebanyak RM20 sahaja kepada setiap peserta. Peserta boleh berenang seberapa banyak yang mampu. Tempoh layak minimum ialah 5 jam. Aku buat 1 jam Jumaat, 2 jam sabtu dan akan buat pada hari ahad (besuk) sebanyak 2 jam lagi. Program ini dianjurkan oleh Kelab Renang MMU, Cyberjaya.


 Jadual renangan
Bermula Jumaat 6 ptg dengan 4 peserta memulakan renangan



Sunday, November 23, 2014

Aquathlon MMU

Buat pertama kali kelab renang MMU menganjurkan acara ini. Renang 700m dan lari 5km. Alhamdulillah berjaya menamatkan acara dengan tempoh masa 1jam.







Sunday, November 2, 2014

Cabaran Gunung Gajah Terom

Berita sedih dari Utusan Malaysia - budak hilang. Semuga dimudahkan... Semalam ada orang tanya saya ada nampak tak budak dengan baju hitam. Ingat dah jumpa rupanya belum. Mungkin budak tersasar semasa melintasi sungai sebab kat situ saya agak keliru. Hujan dalam hutan melemahkan pemandangan.


Acara ini bermula jam 0810, 1 Nov 2014 di Air Terjun Sekayu, Kuala Berang. Perlu tiba di check point sebelum jam 1300. Untuk veteran jarak pergi-balik ialah 20km. Terbuka lelaki 22km.


Jeram sekayu yang jernih
Khutbah jumaat di Masjid Kg Sekayu. Banyak masjid sepanjang jalan dari Kuala Berang ke Sekayu. Hampir setiap 1km ada masjid. Jemaah jumaat tak penuh pun.
Tapak Permulaan/Tamat
Peserta siap sedai untuk dilepaskan
Senamrobik sebelum larian

Taklimat pertandingan

Check point 1 (Junior)

Check point 2 (Tertutup Terengganu

Check point 3 (veteran)