Sunday, July 5, 2009

FRIm trail

12 Rajab 1430 - Lepas triathlon minggu lepas, hari ni baru berpeluang kayuh bersama PCC di FRIM. Isnin hingga sabtu, kebanyakannya berada di hotel kerana mengikuti persidangan INC09 (Persidangan Nuklear Antarabangsa) dan mengikuti kursus Pengurusan Pengetahuan Nuklear. Lega dapat berkayuh dan berpeluh.
Berkumpul di hospital kusta Sg. Buloh. Taklimat oleh ketua rombongan. Pesanan agar semua pengayuh berkumpul semula di simpang agar kayuhan berkumpulan dapat dikekalkan. Untuk masuk FRIM bayaran RM3 dikenakan setiap orang. Nanti ada kakitangan FRIM menunggu di laluan masuk
Puncak yang paling mencabar di FRIM dengan ketinggian 350m. Walaupun seminggu tak kayuh, masih ada stamina untuk kayuh tanpa henti ke puncak.
Kul 10 berhenti rehat di kafeteria FRIM. Semua nampak cukup berselera selepas cabaran bukit. Profail ketinggian laluan FRIM sejauh 22km. Ketinggian maksimum ialah 350m. Kelajuan purata 7km/jam untuk tempuh kayuhan 3jam.
Terpesona dengan kecantikan bangunan pencakar langit di tepi lebuhraya.
Awal bulan Rajab ni paling kurang bersenam, kurang dari purata 1 jam sehari berbanding dengan bulan-bulan sebelumnya.

No comments: