Monday, July 9, 2007

Mendaki Snowdon

Ahad 08/07/07 - Selepas mengemas khemah kami bersiap dan menunggu untuk mendaki puncak Snowdon. Kami menaiki keretapi gunung untuk ke puncak gunung Snowdon. Jarak dari kaki gunung ke puncak Snowdon ialah 6 batu. Keretapi gunung hanya mendaki sehingga batu ke 5. Untuk sampai ke puncak kenalah berjalan lagi sejauh 1 batu.
Setiap tahun pada 4 Julai ada pertandingan larian ke puncak Snowdon. Rekod terbaik yang dicapai pelumba ialah sekitar 42 minit. Untuk 1 batu terakhir kami ambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak. Kemudian kami turun ke bawah dengan berjalan selama 3 jam.

Stesen keretapi gunung.
Tempat berhenti terakhir. Tahun depan katanya trek akan siap sepenuhnya sehingga ke puncak.


Mendaki ke puncak



Bila hampir ke puncak, kabus mula meliputi kawasan dan mengurangkan penglihatan. Terasa gerun dan takut. Kalau di Angsi dan Nuang kita takut kerana hutan tebal tetapi di sini takut kerana kabus tebal. Ada beberapa kes kematian sebelum ini kerana terjatuh.



Burung merpati jinak di puncak.



Puncak pada ketinggian 1085m dari aras laut.
Pandangan puncak gunung Snowdon yang diselaputi awan.
Pemandangan tasik Padarn.
Dalam perjalanan pulang ke Liverpool, kami singgah sebentar di Taman Bordnant - sempatlah masuk sekejap (1 jam) dengan bayaran GDP16. Di sini tiada yang percuma. Ini gambar burung merak di luar taman sebagai daya tarikan kepada pelancung.

Bunga raya pun boleh hidup di taman ini


Teratai pelbagai warna - putih, merah dan kuning.

2 comments:

maTTa said...

akum Doc,aper beza hiking dgn mount kat oversea dgn local?? mesti bersih kat sana.

tamar said...

waalaikum mussalam,
Gunung Snowdon gondol tak ada pokok atau hutan tebal seperti M'sia. Binatang buas pun rasanya tak ada. Tetapi cuaca sejuk dan berangin dan hujan tak mampu untuk kita bertahan lama di puncak. Tak ada kem berkhemah di atas bukit. Sampah memang tak ada. Ada warung kopi di pertengahan perjalanan pun memberi tanda tidak menerima sampah luar. Jika kita minum kopi di warungnya ia hanya menerima cawan yang diguna atau bungkusan kek yang dibeli dari kedainay sahaja. Saya ada botol kosong pun saya gantung kat leher untuk bawa turun semula.