Sunday, November 2, 2008

Kayuhan Zulkaedah

Khamis 1 Z'kaedah - Renang 30 min (100+200+250+pelbagai+kupu2). Kali ini cuba lebih banyak gaya kupu-kupu bagi menguatkan teras.

Jumaat 2 Z'kaedah - rehat. Cukup penat hari ini, selepas satu hari audit kat AIROD. Mencari kesilapan orang bukan senang.

Sabtu 3 Z'kaedah - Renang 45 min (seperti di atas). Joging 20min. Petang terasa sedikit sakit kepala mungkin cuaca yang agak panas, bagaimanapun alhamdulillah sembuh setelah minum teh herba cina.

Ahad 4 Z'Kaedah - Kayuh bersama Amin (20 th), Ashraf (15 th) dan Rashin (30+). Bangi-Bangi Lama-Semenyih-Tekala-Genting Peras-BT 18- Bt 14- Bt 10-Kajang-Bangi (112km=266min=25.1km/j). Kayuhan 'endurance' + 'sprint'. Makanan: Garman energy bar, kurma 10 biji, air madu 0.5l, teh herba cina 0.5l dan 100+ 0.5l. Cuaca hari ini cukup baik, redup. Di Genting Peras, kabus pagi cukup menyamankan. Ramai juga yang berkayuh di Ulu Semenyih. Di Puncak Peras, kami bertemu Zack Graphic, Cik gu Syam dan kumpulan Kajang.

Isnin 5 Z'kaedah - joging 35 min.

Selasa 6 Z'kaedah - renang 40 min (rampaian).

Rabu 7 Z'kaedah - Petang ini aku berpeluang meneliti tiang jejambat MRR2 berhampiran stesen KTM Kepong yang telah dibaiki yang kemudiannya rosak semula. Mereka memilih Carbon Fibre Reinforced Plastic (CFRP) bagi membaiki retakan. CFRP ini bukan bertujuan untuk struktur, tetapi untuk tujuan menutup retakan agar telap air dan menghalang kakisan pada tetulang. Kenapa tidak guna keluli sahaja yang lebih murah dan mudah diselenggarakan?. Memang aku pernah hadir pembentangan kertas utama berkenaan CFRP yang digunakan untuk membuat jambatan semasa persidangan Structural Fault and Repair (SFR) di London pada 2003. Aku merupakan satu-satu rakyat Malaysia yang menghadiri dan membentangkan kertas kerja pada masa itu. Masa itu CFRP masih menjadi bahan ujikaji. Kelebihan CFRP ini tentunya kerana ia ringan.
Khamis 8 Z'kaedah - Joging 20 min sekitar rumah.

Jumaat 9 Z'kaedah - Malam renang kat Presint 6 selama 35 min. 250m kuak dada kemudian diikuti gaya bebas 1000m.

Sabtu 10 Z'kaedah - Gatih: Bangi-Kajang Hill-Bdr Teknologi Kajang-Semenyih-Empangan-Genting Peras-Bt 18-Bt 14-Bt10-Simpang Balak-Sg. Ramal-Bangi. Kayuh bersama Rashin. Bertemu Rashin di Semenyih kemudian berpisah di Simpang Balak. Jarak: 108km, Masa 4 jam 34min dan halaju 23.7km/jam.

Ahad 11 Zulkaedah - Nampaknya seminngu akan datang aku tak dapat kayuh kerana ada tugas luar kawasan. Tengahari bertolak ke Bintulu. Menginap di hotel Regency tak jauh dari lapangan terbang Bintulu Lama. Petang berjalan-jalan sekitar Bintulu. Isnin 12 Zulkaedah - Pagi sebelum dan petang selepas kerja berjalan sekitar Bintulu. Warga Bintulu agak suka bersenam. Ramai yang joging sekitar Promenade Water Front dan lapangan terbang lama. Selasa 13 Zulkaedah - Petang berjalan ke Taman Timbuna. Kira-kira 12 km berjalan petang ini.
Rabu 14 Zulkaedah - Petang berenang (25 min) Kolam Awam, Bintulu dalam hujan renyai. Berjalan 25 min ke kolam dan berlari balik 15 min. Umumnya ada beberapa tempat menarik untuk dilawati sekitar Bintulu. Menghala ke Kuching, kira-kira 30 min berkereta ada trek hutan sekitar pantai 'Golden sand'. Menghala ke Miri ada Gua Niah. Tidak jauh dari Bintulu juga terdapat empangan Bakun yang mengandungi 8 terowong air yang bila siap nanti tasiknya akan sebesar 3 pulau Singapura. Jika ada rezeki insyaAllah aku akan datang lagi ke Bintulu untuk bercuti.

Khamis 15 Zulkaedah - Tengahari bertolak ke Kota Kinabalu. Menaiki pesawat MAS Wing (pesawat pakai kipas - terbang rendah). Cadang ingin menginap di Hotel Tabung Haji tapi dah penuh, mencuba di Dynasty pun penuh, kemudian ke Sutera tersangat mahal yang murah dah penuh. Akhirnya ke Promenade murahlah sedikit. Tempah untuk 3 malam. Silap tak tempah lebih awal, baru teringat rupanya sekarang musim cuti sekolah - hotel penuh.

Jumaat 16 Zulkaedah - Lepas kerja jalan-jalan (90 min) ke bandar KK dan jeti untuk bertanya tentang perjalanan ke pulau-pulau berhampiran. Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi ialah pulau perkelahan (Taman Tuanku Abdul Rahman). Pulau Gaya seolah-olah sudah menjadi milik pendatang haram Filipina. Tambang bot ke pulau-pulau peranginan tak mahal iaitu RM17++ seorang tetapi untuk menginap di sana pakejnya agak mahal- kalau pergi seorang memang tak berbaloi. Aku bercadang besuk untuk ke sana tanpa bermalam.

Sabtu 17 Zulkaedah - Lepas sarapan roti telur kedai mamak (Islamic restaurant) di bandar KK aku terus ke jeti Jesselton untuk menaiki bot ke Pulau Manukan. Tambang bot RM25+ cukai RM6+ tiket masuk taman RM3. Mula berjalan ikut jejak yang dibuat sepanjang pulau kecil ini kira-kira 2km sahaja. Bunyi cengkerik seolah-olah menjadi muzik semulajadi Manukan. Setelah jemu berjalan aku mandi laut pula sambil melihat ikan di celah-celah pokok rumpai laut. Jarak antara pulau Manukan dan Mamutik tak jauh mungkin sekitar 1.5km sahaja. Kalau nak berenang antara pulau-pulau pun boleh, tapi mungkin dilarang berbuat demikian kerana antaranya banyak bot penumpang berulang alik. Ahad 18 Zulkaedah - Sebelum pulang aku berjalan-jalan ke Menara Jam, kemudian masuk pasar Tamu beli kulit siput besar, pokok orkid Kinabalu dan belimbing. Manis sungguh belimbing Sabah ni, hanya RM2.50/kg. Banyak barangan menarik di Pasar Tamu ni, berbagai jenis ikan mainan, arnab, kura-kura, anjing dan kucing peliharaan. Kebiasaan orang bila datang ke KK akan membeli udang, aku pun beli juga sebagai buah tangan untuk anak isteri. Jam 1130 aku sudah keluar hotel untuk ke Lapangan Terbang walaupun waktu berlepas jam 1530. Nak guna sepenuhnya kemudahan 'Business Lounge' - makan, solat dan internet. Dulu aku pernah berjalan dari KK ke lapangan terbang (pergi-balik) tapi kali ini tak boleh sebab beg dan komputer yang dibawa tak mampu dipikul.

Isnin 19 Zulkaedah - rehat

Selasa 20 Zulkaedah - kayuh basikal gunung 60 minit sekitar Sg. Merab.

Rabu 21 Zulkaedah - kayuh ke pejabat pergi-balik (45min).

Khamis 22 Zulkaedah - berenang di Presint 6 (60 min).

Jumaat 23 Zulkaedah - joging ke stadium Bangi (60min).

Sabtu 24 Zulkaedah - kayuh mengiringi pengayuh-pengayuh dari Bangi ke Pengkalan Balak. Rashin, Saiful Gaweng, Berahim dan Faizal Matta buat kayuhan antara negeri. Aku dan abang Razak mengiringi bagi memeriahkan kayuhan mereka. Kami iring sehingga Bukit Pelanduk kemudian berpisah (100km=235min).

Ahad 25 Zulkaedah - jalan-jalan sekitar rumah 60min.

Isnin 26 Zulkaedah - jalan-jalan sekitar Selesa resort 60min.

Selesa 27 Zulkaedah - joging sekitar Selesa resort 30 min

Rabu 28 Zulkaedah - renang 2x500m di Presint 6. Kali pertama berenang waktu rehat tengahari selama 30min, ikut gaya orang Australia. Semasa aku menjalani latihan di Australia pada 1981/82 dahulu aku perhatikan orang putih ni suka bersenam waktu tengahari, ada yang berenang di kolam, main kriket di padang pejabat mereka. Mereka makan tengahari secara ringkas saja, makan sandwich atau buah epal/limau dan air.

Khamis 29 Zulkaedah - rehat

Jumaat 30 Zulkaedah - kayuh pergi-balik ofis 45min.

6 comments:

zackgrafik said...

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat juga sy bersua muka dgn idola saya..

abuomar said...

Zack,
maaf hari tu agak tergesa-gesa sebab kawan-kawan lain tunggu kat bawah, risau kot mereka cedera atau tayar pancit. tiada yang spesial tentang saya, masuk lumba pun tak pernah menang. cumanya basikal dan renang sudah sebati dan menjadi sebagian cara hidup.

Unknown said...

salam,
doc kita naik genting amacam bln 12?ajak omar skali

abuomar said...

matta,
boleh jugak tu, tapi bila? setakat ni saya ada kelapangan pada 21, 25, 27 dan 28 disember.

Unknown said...

21hb tu ok kot doc..anyway nt kita diskas blk doc,blog saya dah bley tgk dah doc..hehehe

abuomar said...

InsyaAllah 21/12/08 kita kayuh ke puncak genting. 25/12/08 sebenarnya saya tak boleh, kena hadir majlis bertunang anak saudara. Esuk kita bincang masa kayuh ke PD.