Tempat ini cukup popular bagi warga sekitar KL. Jalan tak sibuk dan kalau berkayuh awal pagi kabus akan kelihatan dan menyejuk mata memandang. Pendakian Peres melibatkan jarak lebih kurang 12km. Saya pernah jatuh dan hampir tergolek ke dalam longkang di laluan ke Peres sekitar tahun 2003 iaitu ketika baru mula kenal basikal jalan dan kayuh mengguna kasut yang melekat di pengayuh (pedal). Masa tu baru 3 bulan pakai pedal jenis ini. Saya merana sebulan sakit belakang. Orang Kelantan kata 'nyetak urat'. Sakit nyetak urat ni hanya sakit bila ingin ubah kedudukan, dari berdiri ke duduk dan dari duduk ke baring dan sebaliknya. Bagaimanapun saya masih boleh memandu motosikal (Honda Hurricane) dari Bangi ke Kelantan untuk pulang berubat. Di Pasir Puteh jumpa bomoh patah (Ustaz Lah anak Mak Su Tijah) di Padang Pak Amat. Selepas ditekan urut di bahagian paha dan belakang, terasa sungguh kelegaannya.
No comments:
Post a Comment