Beginilah pemandangan di pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh. Sampah dari jenis plastik, kertas, lampin pakai buang bersepah-sepah di sekitar kawasan perkelahan. Sejak plastik beg (loghat kelantan kata supik) diperkenalkan lebih kurang 30 tahun lalu, barangan ini cukup menyakitkan mata memandang kerana ianya lambat mereput. Pantai Bisikan Bayu cukup cantik dan jernih airnya.
Dari situ kita boleh nampak Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Saya pernah berbasikal ke pantai ini dari rumah semasa saya masih di sekolah menengah sekitar tahun 70an, yang peliknya pada hari raya. Orang lain semua sibuk makan ketupat dan melawat sanak saudara tapi kami berpenat lelah berkayuh ke pantai sejauh 20km dengan basikal besi yang berat.
Tong sampah disediakan tetapi tidak digunakan. Mereka fikirkan ada orang yang akan mengutip sampah yang mereka buang.
No comments:
Post a Comment