Pengukuhan akeedah melalui penghayatan Sains dalam al-Qur'an, begitulah tajuk ceramah yang diberikan oleh Prof Madya Dr. Mohamad Arip, pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau berpendidikan asas dalam bidang Sains tetapi kemudiannya membuat PhD tentang pentafsiran ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan sains. Tesisnya beliau namakan PASAK
Banyak ayat al-Qur'an menceritakan tentang Sains seperti teori 'Big Bang', surah Besi (al-hadid), kejadian manusia dalam perut ibu, ilmu bintang, kisah-kisah semut, labah, lebah dsbnya. Al-Qur'an boleh menjadi sumber rujukan ahli sains. Keajaiban al-Qur'an boleh dibuktikan dengan aqal (sains). Bagaimanapun untuk kita memahaminya kita perlu kepada kemahiran Bahasa Arab. Rupa-rupanya Bahasa Arab adalah satu-satu bahasa di dunia yang tidak berubah mengikut zaman. Bahasa lain spt Sanskrit, bahasa kitab asal Taurat dan Injil sudah tidak dipakai lagi. Jika diperhatikan juga bahasa Melayu, ianya juga berubah. Aku mempunyai salinan lapuran polis pada tahun 1915 dalam tulisan jawi dan aku dapati sukar untuk memahaminya kerana kebanyakan perkataan sudah berubah dan tidak dipakai lagi zaman ini (tahun 2000). Itulah kelebihan al-Qur'an yang tidak berubah sejak 1431 tahun lalu dan Allah janjikan ia akan kekal hingga akhir zaman.
Era tahun 2000 ini muncul satu kitab yang ingin dibuat menyerupai al-Qur'an yang dinamakan al-Furqan al-hak yang ditulis oleh orientalis barat. Ia seolah-olah menyahut cabaran Allah supaya manusia mencipta surah seperti al-Qur'an. Bagaimanapun ia tidak mampu menandingi al-Qur'an contohnya dari segi bilangan surah dan jumlah ayat. Bahkan dari segi susunan tidak sehebat susunan al-Qur'an. Allah menyatakan bahawa manusia dan jin seluruh alam ini tidak akan mampu membuat surah dan ayat2 seperti al-Qur'an.
No comments:
Post a Comment