Monday, April 12, 2010

Bandar Teknologi Kajang

Semalam kayuh basikal gunung bersama Nasrul, Amir, Nadza, Haro, Arue, Hamid, Danny, Saipol, Jumat, Azli, Azmi, Noto, dll semuanya 17 orang di Bandar Teknologi. Maaf tak dapat ingat semua nama. Mereka ini semuanya tinggal sekitar Bangi dan Kajang. Lama dah tak kayuh di sini. Banyak laluan ditutup kerana kebanyakan laluan adalah milik tanah persendirian dan sebagian telah menjadi tapak pembinaan. Kayuhan agak perlahan kerana banyak berhenti dan halangan. Antara sebabnya ialah rantai putus, tayar bocor, tersilap jalan dan kepenatan serta ada kalangan pengayuh yang masih baru dalam sukan basikal gunung. Peminat sukan basikal terutama basikal gunung sudah semakin meningkat dan semakin digemari ramai penduduk sekitar Bangi dan Kajang.

Beginilah contoh laluan di Bandar Teknologi, kebanyakan lebar, tidak begitu teknikal dan sesuai untuk pengayuh baru, tetapi memerlukan sedikit stamina kerana jarak laluan yang agak panjang (20km). Gambar ehsan Arue.
Bergambar depan restoran Madinah di Taman Universiti.
Bergambar depan restoran Madinah di Taman Universiti.

Ceria dengan keringat membasahi badan sambil berehat makan roti canai, tosai di restoran Madinah, Taman Universiti setelah 15km berkayuh. Ada 5km lagi untuk tiba ke destinasi asal.

7 comments:

Anonymous said...

Asw Dr., wah sayang tak dapat kayuh bersama..padahal restoran mandinah tu dekat sekali dengan rumah. Oh ya, jadi ikut race Selangor Challenge 2010? Ridwan

abuomar said...

Salam Ridwan,
Ya betul kiranya belakang Taman U sahaja. Tak apa lain kali ada lagi. Ramai juga muka baru sekitar Bangi dan Kajang. InsyaAllah saya masuk. Dah bayar duit pun.

Khalid Ibrahim said...

salam dr,

kalau ada MTB di sekitar kajang, bangi, putrajaya pohon sms or emel saya. saya n wife juga enjoy MTB n outdoor. enjoy baca blog dr ni.

Khalid Semenyih
012 6588782
mrkhalid247@gmail.com

abuomar said...

Salam En Khalid,
Ahad ni kami kayuh kat Sg Long. Jumpa kat Giant, Prima Saujana, Kajang jam 0730.

Unknown said...

Salam semua bikers,

Saya Ashraf dari Kajang.Jika ade bikers(mtb) dri kajang & bangi bole la call or email saya.

Phone : 0123228024
Email : ashraf89.gssb@gmail.com

Tq.

Wan said...

Salam semua team bikes
Saya orang baru dari kajang berminat nak join kalau ada mana2 team ada buat program kayuhan boleh saya join Insallah

abuomar said...

HUBUNGI NASRUL : 013-2096449. Mereka akan buat kayuhan pada 22 sep 2012.Cek kat facebook nama Nasrul Hisham.