Sunday, September 2, 2007

Lembah Kelawang

Ahad 2/9/07 - Pagi ini aku kayuh secara solo ke Kuala Kelawang. Laluannya ialah Bandar Baru Bangi-Bandar Teknologi Kajang-Semenyih-Tekala-Empangan Semenyih-Genting Peres (472m)-Titi-Kelawang-Jeram Toi-Lengeng-Beranang-Semenyih-Bandar Teknologi Kajang-Bandar Baru Bangi. Jarak keseluruhan ialah 140km. Masa 0800 hingga 1600. Cabaran utama di Genting Peres, Lembah Maut (antara Peres dan Titi) dan Jeram Toi.
Peta laluan
Profail ketinggian dari Bangi ke Tekala

Profail Lembah Maut

Jeram Toi

Jeram Toi ke Lenggeng.
Semasa di Empangan Semenyih aku jumpa dengan Sdr Zamani berkayuh dari arah bertentangan. Kami bincang pasal basikal gunung. Katanya dah lama dia tak kayuh basikal gunung. Jadi aku ajak dia kayuh di Sg Pening sabtu ini (8/9/07). Sesiapa yang bolehlah ikut kami.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Saya bertembung dengan saudara Fauzi didepan JPJ Semenyih, waktu itu saya sedang menuju Sg Long-Balakong. Belakang Fauzi pula saya lihat sekumpulan lebih kurang 10 orang termasuk remaja beberapa orang, naik road bike menuju arah selatan.
Menyesal jugak tak pusing! nasa5274@yahoo.co.uk

abuomar said...

waalaikum mussalam,
maaf sy pun tak perasan. yg 10 orang di belakang tu pun sy tak jumpa, mungkin mereka kemudiannya ikut jalan lain. sabtu ni kami cadang nak kayuh mtb di sg pening. zamani, azhar nak ikut sama. jomlah ikut kami. insyaAllah jam 0800 kita mula di kajang perdana, kat simpang masuk ke lapang sasar. nanti sy letak peta lokasi.