Sunday, May 17, 2009

Sg Pening3/ Lenggeng

Ahad 22 J'akhir - Kayuh basikal jalan bersama Ibrahim, Abg Razak, Sham, Shahrul, dll (maaf lupa nama). Laluan ialah UKM>Bangi>Semenyih>Broga>Lenggeng>Beranang>Jalan 6'>Sg Kembong>Bangi>UKM=75km=3jam.
Brahim 'menarik' pelaton.

Makan nasi lemak ikan 9 di Lenggeng. Memang spesial nasi lemaknya.
Tengoklah berapa banyak gelas air dihabiskan.

Merah ialah laluan kami
Abang Razak (mantan pelumba negara) yang masih bertenaga membuat kayuhan.


Sabtu 21 J'akhir - Kayuh basikal gunung bersama orang muda, Omar dan Ahnas. Laluan ialah gabungan jalan tar dan tanah merah. 20km (off-road) 25km (road). Bandar Baru Bangi>Jalan Reko>Kajang Utama>Bangi Perdana>Lapang Sasar>Sg Pening>Kg Pasir>Kuari>Kajang Tech Park>Kajang Hill>West Country>Bandar Baru Bangi = 45km=3jam.
Rehat di tanah lapang berhampiran perumahan terbengkalai.
Kuning ialah laluan kami.
Pokok senduduk yang semakin pupus. Masa kecil aku jadikan peluru main tembak-tembak.

2 comments:

uncle.D [AHW] said...

G,

GPS, MfMaps dan Kamera Tough yg G guna ada diceritakan dalam satu artikel di laman web berikut:

http://www.nst.com.my/Current_News/techNu/Monday/Innovation/20090518102755/Article/index_html

pilihan yg tepat!

abuomar said...

D,
terima kasih. entah mana silap, hari tu masa cuba kali kedua masuk kolam, kamera telah rosak dimasuki air. sy dah hantar ke agen balik. katanya kena tunggu sebulan. walaupun waterproof kena hati2 sebelum masukkan dalam air. bersihkan dulu penutup bateri dan usb.