Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Mulai terbenam matahari sebentar tadi maka kita telah memasuki tahun baru mengikut kelendar Hijrah, 1 Muharam 1431. Selamat tahun baru hijrah semua!!! Semuga kayuhan kita lebih mantap lagi. Walaupun umur semakin meningkat kayuh tetap juga diteruskan kerana kayuhan ternyata baik untuk mengekalkan kesihatan kita. Ya, semua orang akan mati tapi kita tidak disuruh menunggu kematian tanpa apa-apa amal, samada dunia atau akhirat. Kita disuruh supaya sentiasa bertenaga dan tidak lemah atau malas.

Tahun 1430 aku telah mengekalkan senaman secara purata 1 jam sehari. Kecuali pada penghujung bulan ini agak kurang disebabkan masaalah kesihatan, cuaca asyik hujan dan kesibukan urusan kerja. Terdapat penurunan, mungkin umur juga memain peranan atau sudah semakin malas dan tidak teruja lagi. Renang laut terbuka dah buat, separuh orang besi dah buat. Orang besi penuh nampaknya tidak terbuat lagi. Rasanya cukuplah tu, tidak mahu lagi aku mendera badan ku lagi. Masuk lumba pun asyik di belakang saja. Cukup-cukuplah tu.

2 comments:

putrasufi said...

salam Dr...

selamat tahun baru...kagum dgn keazaman Dr. walaupun di mamah usia..Dr ttp bersemangat seperti org muda...

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail said...

Waalikum mussalam,
Terima kasih atas komen yang diberikan.

"Perihatinlah untuk mendapatkan sesuatu yang memberi manfaat kepadamu, dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan engkau lemah" (Sahih Muslim).