Semalam (Ahad) kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin di Melaka. Kira-kira jam 11 kami bertolak dari Bangi dan tiba di tol Air Keroh jam 12. Dari tol ke Melaka, jalan agak sesak. Ambil masa 1/2 jam untuk tiba di Bukit Piatu.
Lepas kenduri kami pulang melalui jalan yang sama untuk ke tol Air Keroh. Sekali lagi kami terperangkap dengan kesesakan. Terfikir eluk saja ikut jalan pantai melalui Masjid Tanah ke Port Dickson. Jadi dah berada dalam perangkap mana boleh keluar lagi, ikut sajalah. Mungkin jika ikut jalan pantai pun perlahan juga.
Apabila memasuki lebuhraya Utara-Selatan, perjalanan lancar sehingga kami tiba sebelum tol Senawang. Lama juga tersangkut walaupun kira2 5km saja lagi nak masuk tol Senawang. Mula ingat nak tunggu hingga sampai tol PD. Tapi kami dah tak sabar lalu mengambil keputusan untuk keluar dari kesesakan di tol Senawang.
Sebaik bayar tol, kami cuba menghala arah Seremban untuk ke PD. Sekali lagi sesak. Sambil melihat peta dalam GPS kami mendapat idea untuk membuat jalan pintas melalui kawasan perumahan dan terus keluar tak jauh dari tol Seremban-PD. Peta di bawah menunjukkan jalan pintas meleui kawasan perumahan. Ada GPS ni cukup memudahkan perjalanan.
Selepas memasuki jalan ke PD, kami guna GPS untuk ke Labu melalui Mambau. Sebelum tiba Labu kami ubah pula destinasi terus ke Bangi. GPS menyuruh kami ke Nilai, tapi disebabkan kami sudah agak biasa dengan jalan ini kerana pernah menggunakannya untuk laluan basikal, maka paksakan GPS membuat 're-route' sehinggalah akhirnya tiba di Salak Tinggi. Peta di bawah menunjukkan jalan pintas dari tol Seremban-PD ke Salak, iaitu melalui Mambau, Felda Sendayan, Felda LBJ, Enstek dan Salak Tinggi.
No comments:
Post a Comment