Monday, October 8, 2007

Lailatul Qadar

Maksud surah al-qadr,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Bilakah malam lailatulqadar?
Nabi saw kata yang bermaksud carilah pada 10 malam terakhir.

Ada yang berpendapat malam ini ialah malam ke 27 melalui penafsiran pada ayat di atas. Iaitu pada perkataan lailatulqadar ada 9 huruf dan 3 kali disebut pada surah di atas, jadi 9x3=27.

Pendapat Imam Ghazali pula tahun ni kita puasa hari khamis, jadi malam lailatulqadar jatuh pada malam ke 25 (sumber: tazkirah oleh Ustaz Syauqi surau Madani). Beberapa ketika dulu aku pun ada menerima e-mail yang dihantar oleh kawan tentang hal ini.
"Aku segera teringat artikel yg ku baca di akhbar tabloid perdana keluaran 8dis. 02 m.s 21. Penulisnya menukilkan bahawa imam al-ghazali pernah mencatatkan bahawa ''Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari isnin, maka turunnya lailatulqadar pada malam 21. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari selasa/jumaat, maka turunnya lailatulqadar pada malam 27. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari rabu/ahad, maka turunnya lailatulqadar pada malam 29. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari khamis, maka turunnya lailatulqadar pada malam 25. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari sabtu, maka turunnya lailatulqadar pada malam 23" (sumber: http://rohani.blogspot.com/2002_11_24_rohani_archive.html).

Apa-apa pun yang penting bulan ramadhan ini, kita jadikan sebagai latihan (riadah) untuk membuat amalan baik dengan meninggalkan yang buruk supaya kita terus meningkatkan iman kita kepada Allah swt. Dengan memperbanyakkan amalan sunat, iman kita boleh meningkat. Amalan ni sebaiknya kita terus kekalkan pada bulan-bulan lain. Contohnya amalan yang sangat digalakkan ialah solat berjamaah, solat malam, solat witir dan solat duha. Sebagai permulaan kita cuba kekalkan solat berjamaah isyak dan suboh terlebih dahulu. Kita solat witir sebelum tidur malam sekurang-kurangnya satu rakaat. Kita solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat sebelum masuk waktu suboh. Begitu juga kita cuba amalkan sunat duha 2 rakaat. Ini kita lakukan setiap hari secara berkekalan dan tidak hanya di bulan ramadhan sahaja. Wallahu a'lam.

No comments: