Wednesday, October 24, 2007

Dato' Hasan Nawawi

Semalam 23/10/07 aku berpeluang ke pejabat YDPertua MPKj bersama Ab Razak Jaafar, Ishak Amin dan Din. Aku hanya tumpang mengikuti perbincangan mereka yang merancang untuk pelajar Ishak Amin (KUKTEM) berkayuh ke Mekah menunaikan ibadat haji ikut jalan darat.
Antara tip yang berguna;
1-mengembara tidak digalakkan dalam kumpulan yang ramai, satu pasukan 2 orang agar senang mencari tempat penginapan.
2-bajet RM100 sehari
3-mengetahui entry point sesebuah negara
4-Myanmar tidak membenarkan pengembara memasuki negaranya
5-Iraq juga tidak selamat dilalui
6-Pelabuhan Karachi hanya membawa penumpang pada masa tertentu sahaja spt musim haji, pilihan lain ialah carikan pelabuhan dalam negara Iran
7-Mendapatkan visa lebih awal di Msia untuk semua negara yang akan dilalui.
8-dapatkan maklumat di lonely planet.

4 comments:

Anonymous said...

slm,
makin menarik nampak xtvt kayuhan bersama geng2!
pa pn, trip ke mekah 2 mmg menarik, kalu betul jadi, kita nk minta khidmat nasihat dan info kayuhan ke mekah...
kami doakn berjaya mcm 2 tahun lps veteran lelaki dari sebelah rusia yg berkayuh +- 12,000 km utk menunaikan haji...

pasai pa x hello sy masa kt perlis, sy ada pd hari selasa(4 syawal)!!!
tk

abuomar said...

salam,
sy sendiri rasa tak yakin untuk kayuh ke Mekah. perjalanan yg lama terlalu banyak dugaan dan seksaan, fizikal dan bathin - mungkin sy tak boleh bertahan. mrk rancang utk kayuh 3 bulan. lagipun sy tak mampu nak cuti 3 bulan, tak ada duit.
minta maaflah tak telefon. sy balik sekejap je kat Perlis, 2 malam. selasa malam rabu sy dah balik KL. kelam kabut sikit, kena beraya rumah sdr mara sebelah isteri.
+pauzi+

Anonymous said...

slm,
kalu x ara melintang, awal nov. ni nak ber'xtvt' kt Pusatko Selangor(Kem Tekali, Ulu Langat) seminggu. Jika ada kesempatan ingin sy berkayuh bersama kumpulan org sana... Sy da bawa gerek skali...
tk.

abuomar said...

salam,
sdr fikri n kawan dialu2kan. tekali tak jauh dari rumah saya tu. kita boleh kayuh bersama. ada beberapa laluan basikal gunung, insyaAllah saya boleh jadi pemandu pada hujung minggu. nanti telefon saya 013-3809631 bila nak kayuh.