Tuesday, January 5, 2010

Mendaki Dinding

Satu aktiviti baru bagiku, mendaki dinding. Seronok dan takut pun ada. Tapi ianya baik untuk menguatkan otot jari dan tangan serta abdomen. Jika basikal dan joging lebih kepada kaki, maka renang dan mendaki dinding baik untuk tangan. Pada awalnya aku hanya ingin berlatih pada dinding yang rendah saja, yang bila penat boleh jatuhkan badan atas tilam. Ini boleh dibuat secara solo.
Bagaimanapun atas bantuan Faizal Matta, aku mencuba pula dinding yang tinggi dengan bantuan tali dan cawat keselamatan. Agak berdebar dan gayat juga. Terima kasih Matta atas nasihat percuma yang diberikan.
Dinding dengan pelbagai tahap kesusahan mendaki (gambar OMP production)
Faizal memberi nasihat untuk pendakian (gambar OMP production)
Terima kasih Faizal, berjaya juga aku ke puncak yang paling mudah (gambar OMP production).

2 comments:

hafizi hj.zainal said...

salam Dr...

wah...ada aktiviti terbaru...boleh juga di kategorikan yang Dr nie peminat sukan ekstrem....

abuomar said...

waalaikum mussalam,
walaupun ini sukan ekstrem tapi saya pilih halangan yang termudah (yang tidak begitu teknikal). tujuan utama hanya untuk kuruskan badan dan bina otot tangan. sesiapa yang tinggal sekitar putrajaya memang cukup bertuah dengan kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan - bertaraf antarabangsa.