Sunday, January 24, 2010

Kencana-SIC Bikeathon

Hari ini perlumbaan basikal di Litar Sepang telah diadakan - basikal jalan (criterium) dan basikal gunung. Kategori - remaja, veteran, terbuka dan kanak-kanak. Hadiah diberikan kepada 10 teratas. Aku masuk lumba basikal gunung. Tak jauh cuma 6.5km sahaja, tapi degupan jantungku sekitar 150-160 degup seminit untuk tempuh setengah jam.
Peluang naik podium pertama kali di Litar Sepang
Denainya tidaklah begitu teknikal, tapi kekuatan semasa mendaki diperlukan.
Ramai juga yang menyertai lumba basikal gunung. Penyertaan keseluruhan sekitar 500. Pada mulanya aku agak kecewa kerana tak sempat untuk masuk kriterium dalam litar sepng bagi acara basikal jalan. Perubahan jadual di saat akhir bagi kategori veteran menyebabkan ramai juga yang kecewa.
Syukurlah dapat no. 8, dapat duit RM100 dan 2 tiket Formula 1.

6 comments:

Perlis Power said...

tahniah...nombor 8...memang cukup baguih...jemput join Perlis Jamboree pada 14 March ni. pendaftaran masih di buka hingga akhir bulan ni...

abuomar said...

Terima kasih. InsyaAllah kalau ada kelapangan. Dalam diari masih kosong lagi bulan Mac ni.

Ridwan said...

Tahniah Dr. Pauzi kerana meraih no 8. Saya tdk dpt menyertai pertandingan sbb aktiviti penuh bersama keluarga. Tapi hari sabtu lepas saya sempat berlatih di XC track Tmn Cabaran dan baru pertama kali di tengah hutan tayar belakang punched terkena duri..(sama kes spt Dr cerita dulu). Jd saya tolak basikal shg tempat parking.

abuomar said...

Terima kasih Ridwan. Duri pelepah sawit memang cukup tajam dan boleh menembusi tayar basikal. Semasa lumba semalam pun banyak basikal bocor tayarnya. Tapi bukan kerana pelepah sawit tetapi rasanya melanggar tebing longkang semasa menurun bukit.

Anonymous said...

doc congrat,skarang doc masuk paper event semua dapat duit...hehhe berbaloi baloi.

abuomar said...

Matta,
Terima kasih. Peluang dapat hadiah tu ada jika dikira 10 teratas. Lagipun tak ramai veteran yang masuk lumba basikal gunung atau triathlon. Kenyir triathlon ialah sasaran berikutnya - sambil tu dapat balik Kelantan sama. Lumba ni kira suka-suka macam berpesta saja, bukan cari makan. Kira sebagian dari latihan juga. Tak ada tension apa. InsyaAllah saya juga akan ikut Perlis Jamboree sambil balik kampung isteri.