Sunday, November 22, 2009

KL MTB Carnival

Ahad - Hari ini tanpa persediaan mencukupi aku gagahi juga menyahut cabaran KL MTB Carnival 2009 di Bukit Kiara. Denai ini cukup teknikal dan aku cukup tidak menyukainya. Tapi jika dibiasakan rasanya lama-kelamaan boleh juga. Profailnya jenis beralun memang mencabar jantung kita. Walaupun kebanyakannya aku menolak basikal degup jantungku telah mencapai maksimum.
Untuk saringan, peserta kategori 41 tahun dan ke atas dikehendaki membuat 2 pusingan sejauh 4km seawal jam 0730. Jam 0630 aku dah kena bertolak dari Bangi. Aku ambil masa 50 minit sedangkan peserta terpantas Pat Bronson ambil masa 25 minit saja. Basikal Pat nampak macam jenis 'downhill' tapi cukup ringan. Bila tanya harga - badan saja RM10,000 jika dimasukkan 'groupset XTR' menjadi RM14000. Rimnya entah berapa pula. Kira 3X harga basikal aku.
Selepas gagal ujian saringan aku pun membawa diri kayuh ke 'Twin Peak'. Dari puncak Bukit Kiara ini kita boleh menyaksikan pemandangan menarik bandaraya Kuala Lumpur. Aku kayuh lagi untuk tempoh 2 jam. Bukit Kiara memang baik untuk latihan basikal gunung - banyak denai-denai menarik. Beruntung orang KL. Dari Bangi ia agak jauh dan mahal bayar tol.

10 comments:

A.H.Wan [uncle.D] said...

Asm G,
Mmg hebat, musim hujan ni pun demo masih lagi giat bergatih. Saya alergi dgn hujan - mudah demey.

Kalu ada tracklog baru untuk MTB trail silakan submit untuk diupdatekan kedalam peta MfM.

p/s "Selamat menyambut Aidil Adha" - tahun ni beraya katner?

Ridwan said...

Salam Dr., tahniah sudah ikut race.. Kalau boleh tahu dalam ujian saringan, berapa lama yg blh melayakkan kita ke tahap final? Dan siapakah pemenang di mens elite, 36-40 dan 41-above? Ada picture basikal Pat Bronson? Tks

Ajo said...

Wahh.. Tahniah kerna berani sahut cabaran KLMTB carnival. Saya pernah serta di edisi 2006. Tak abis pon 1 loop. salah saya gak, X pernak memcuba laluan nye, 1st time pakai clipless dan 1st race event saya. Hwahaha...

abuomar said...

Uncle D,
Saya suka hujan sejak kecil lagi. Sejuk dan selesa berkayuh dalam hujan, cuma pemandangan agak terhad. Tracklog baru saya ada hanyalah Gunung Bujang di Kampar. Nanti kawe e-mail. Sama2 selamat hari raya. Raya beraya kat Bangi. Raya ke 3 gi Gua Musang kenduri kahwin anak saudara.

abuomar said...

Salam Ridwan,
Untuk kategori 41 ke atas, dia nak 18 orang saja masuk akhir. Saya dapat DNF walau hanya 50m lagi ke garis penamat sebab saringan berikut akan bermula. Saya tak tau keputusan, tak tunggu, jam 0830 saya terus berkayuh solo ke bukit kiara menuju ke twin peak. Pat Bronson memang juara sejak dulu. Gambar basikalnya tak amik.

abuomar said...

Salam Ajo,
Ini kira kali ke 2 saya masuk. Sebelum ni kalau tak silap saya masuk tahun 2003. Pun tak berjaya. Banyak orang kata perlumbaan ini untuk pro. Yang pro spt Pat Bronson semua pakai kasut clip, kerana lebih efisen tapi kena pandai balance.

abuomar said...

Ridwan
basikal Pat ialah jenis maverick. model kurang pasti tapi frame nampak macam jenis durance dan fork jenis duc32. cuba cek http://www.maverickbike.com/main/do/products/productID/54

Ridwan said...

Ok Doc, terima kasih atas maklumat yg diberi. Official result KL MTB Race 09 dah ada pd http://www.klmtbcarnival.com.my/v09/Results/2009/KLMBC09_OfficialWinners.pdf

Ridwan said...

..dan ini photo gallery nya http://www.klmtbcarnival.com.my/v09/photo_gal_09/index.html

abuomar said...

Terima kasih. 27 dis ni ada monsoon ride. Tak ikut?