Khamis 1 Muharam 1429 - Hari ini joging bersama anak isteri di Stadium UKM. Ramai juga yang menggunakan kemudahan ini, kebanyakannya wanita. Aku jog sejauh 5.2km kemudian renang di kolam UKM sejauh 1600m. Lepas tu pergi kenduri aqiqah bagi cucu jiran sebelah rumah. Hari ini tak kayuh. Rasanya aku dah tak boleh jog jauh. Hari ini terasa sengal pula pada sendi punggung.
Semalam kayuh ke pejabat pergi-balik 16km sahaja. Mungkin aku ni dah masuk kategori ketagih bersenam, bila berkayuh ke pejabat dengan sedikit peluh terasa bersemangat nak bekerja, tak lah mengantuk.
Ahad 6/1/08 aku jog 40minit kemudian renang 1 jam di UNITEN, jumpa Azwar. Penat juga renang hari tu sebab nak cuba ikut rentak Azwar. Isnin dan Selasa rehat - rasa mengantuk dan letih saja.
No comments:
Post a Comment