Sunday, January 20, 2008

Latihan Triathlon Minggu 1

Hari ini aku buat latihan renang, basikal dan lari. Mula renang di UNITEN jam 0840 untuk tempoh 45minit. Dapatlah berenang sejauh 1.7km dengan 30% kuak dada dan 70% gaya bebas. Lepas tu balik rumah tukar pakaian basikal. Kayuh Bandar Baru Bangi-Jenderam-Salak-LBJ-Labu-Nilai-Nilai3-Bukit Mahkota-Bangi Lama-Bandar Baru Bangi untuk tempoh 200minit. Daptlah berkayuh sejauh 81km. Sampai rumah dah jam 1320, jadi makan dan solat serta tidur dulu. Terasa cukup penat. Nak terus berlari pun tak larat. Petang lepas solat asar, jam 1710 baru mulakan acara lari. Masa berlari ni makanan masih penuh dalam perut, bila berlari sakit perut. Jadi hampir 50% berjalan. Dapat berlari/berjalan selama 120minit hanya dengan jarak 12km. Aku sebenarnya cukup fobia berlari untuk tempoh yang lama. Terasa cukup terseksa sakit lutut, ibu jari kaki dan tumit kanan.

Laluan ke Labu, jalan agak teduh tapi agak sibuk juga dengan lori dan kereta. Kebanyakan jalan lama dan menggerutu, tak selesa untuk berkayuh.

Pemandangan ladang Guthrie di Labu.
Laluan untuk joging sekitar rumah.

Kesimpulannya agak perit juga nak masuk triathlon ni terutama bagi acara larian.

7 comments:

AHW said...

Demo masih kuat stamina la G... Lepas berenang masih boleh berbasikal dan berjoging. Saya cuma boleh jog/senamrobik di Tasik Cempaka sebelah pagi dan sambung pula jalan2 sekitar Taman Warisan belah petang sahaja.

abuomar said...

OK lah tu sekurang-kurangnya dah bersenam. Ambo cadang nak masuk triathlon jarak olimpik tahun 2008 samada di Afamosa atau PD atau desaru. Nak cuba buat latihan dengan masa lapang yang ada berpandukan program yang diambil dari internet. Setakat ini minggu pertama masih boleh ikut walaupun tak 100%. Ni kira buat percubaan. Kalau boleh tak nak sangat menyeksakan diri sendiri.

AHW said...
This comment has been removed by the author.
AHW said...

Sorry ter delete post tadi...

BTW molek benar tu G demo gi triathlon jarak Olimpik. Stamina demo boleh kalahkan sesetengah org muda2 la. Syabas G!!!

Hujung minggu ni saya nak gi jog sambil buat track-log untuk Malsingmaps di Taman Wawasan pula. Manakala semasa cuti TBC [awal Februari] insyaallah akan pergi ke Cameron Highlands untuk Jungle Trekking sebelum meneruskan perjalanan ke klate....

abuomar said...

Demo suka meredah hutan rupanya. Kawe pernah masuk Gunung Nuang dan Angsi. Yang jauh-jauh belum lagi. Kalau demo nak panjat gunung stong ajak kawe sama.
Hari tu masa kawe kayuh ke Genting jumpa sepupu demo nama Wan, dia duduk di putraheight, subang jaya. Dia nega basikal secara separuh masa dan buat jualan kepada pejabat kerajaan.

AHW said...

G, kawe nak minta nasihat sikit pasal GPS la. Saya kelih GPS demo hebat. Ada e-compass dan barometer/altimeter.

Saya cadang nak beli tambah GPS serupa atau setara nga hok demo pakai, model mana yang sesuai untuk trekking dlm hutan diatara model2 berikut:

60CSx [RM1800+]
76CSx [RM1800+]
eTrex Vista HCx [RM1300+]

Lepas beli GPS tu, boleh le kita rancang pergi panjat Stong lak...saya nak buat altitude profile..

p/s
1. apa nama pemoh 'sepupu' kawe yang jual beskal tu? Ramai sangat sepupu yg mula dgn nama "wan".

2. satria neo 1.6 ok ke? Bila nak pasang carrier atas bumbung utk letak beskal?

t.k

abuomar said...

Kawe pakai yg 60CSx. OK jugak kawe pernah masuk hutan antara Janda Baik-Kg Chenah boleh dapat isyarat dengan baik. Model ni pakai 2 bateri AA. Model 76CSx tu pakai bateri boleh cas dan ada walkie talkie sekali. Demo kena beli 2 set lah. Rasanya baik 60CSx bateri alkaline boleh masuk, bateri Ni-MH pun boleh masuk.
Kawe tak tau Wan apa sepupu demo tu. Kawe mmg dah pasang kat satria lama rak basikal. Boleh letak 2 basikal. Beli yg 2nd je ngan kawan kat UPM. Tak leh pasang kat neo sbb tak ada kaki yg sesuai. Satria neo ni best jugak bawa, ada power, tapi kalau jalan dekat2 makan banyak petrol. 9km/l tapi jalan jauh balik kampong jadi 18km/l.