Saturday, January 5, 2008

HOA-Genting Highland

Sabtu (5/1/08) -
Omar mengajak kayuh ke Genting. Dia tulis sms dalam bahasa Arab;"Salam... Bimunasabah 5 Jan, haiya ma'ana ila Genting biddarrajah, sanabda'min genting sempah ila a'lalJabal. Insya '4JJI sanabdau fi ssa'ah 0800. Mafhumnye: jom pi genting 5hb ni start dr genting sempah kol 0800."

Seperti yang dirancang sebelum ini kami berkayuh dari HOA ke Genting Highland. Zamani, Azhar dan Anuar mula kayuh dari Setapak dan ambo, Omar dan Wan mula dari Hospital Orang Asli (HOA), Gombak.

Kayuhan mendaki Genting Highland cukup mencabar terutama bagi yang kurang latihan. Seluruh urat belakang ambo terasa cukup tegang dan tekanan pada kaki menyebabkan bahu terasa lenguh. Ia semacam membuat regangan urat-urat belakang. Ambo, Zamani, Azhar dan Omar berehat sekejap sambil menikmati roti sardin di restoran mamak sebelah Hotel Sri Malaysia, Goh Tong Jaya. Wan dan Anuar terlajak kayuh ke depan dan tak mahu berpatah balik untuk minum sebaliknya meneruskan kayuhan dan menunggu di Coffee Bean, Genting Highland. Selepas minum kami meneruskan kayuhan ke puncak. Aku berazam tidak ingin berhenti sehinggalah sampai di Coffee Bean. Bagaimanapun kerana tidak yakin mempunyai momentum yang mencukupi ambo terpaksa tolak basikal juga bila tiba depan balai polis genting hanya 500m sahaja untuk sampai puncak. Kenderaan agak banyak dan menyusahkan kayuhan kerana terpaksa berkayuh lurus di tepi garis putih, tak ada peluang nak buat gaya kayuhan ular bagi meringankan tegangan otot. Jumlah kayuhan naik-turun ialah 70km.
Pengalaman ambo, walaupun perit membuat kayuhan ke puncak bukit, otot terasa bertambah kuat. Ia juga memberi regangan pada urat tulang belakang dan memberi kekuatan abdomen (teras). Terasa satu kepuasan bila puncak ditawan. Udara dingin dan kabus di puncak cukup menyeronokkan. Minggu depan kami bercadang ingin berkayuh lagi ke Genting ikut laluan Jelajah Malaysia 2008.


Berehat di Coffee Bean, puncak genting pada ketinggian 1740m dari aras laut.


Tayar basikal Anuar bocor semasa menurun. Selepas tayar basikal Anuar bocor ianya diikuti pula oleh tayar basikal Zamani dan Azhar. Hari hujan menyebabkan jalan basah dan biasanya mudah untuk bocor.

3 comments:

Anonymous said...

saya nak bertanya dengan Doc hari Sabtu ne 12hb Jan 08 berkayuh
tu dalam berapa KM, sebab tengok dia punya route tu perggg menyeramkan start dari HOA keBatu Caves,Ulu Yam, Bentong dan HOA,kalau
berminat nanti saya joinlah insyaAllah.

Anonymous said...

sebenarnya sy pun agak berat nak ikut zamani. sy cadang nak kayuh dari goh tong jaya-batang kali dan balik semula ke goh tong =60km
+pauzi+

Anonymous said...

jom lah ikut kayuh, nanti sms kat sy kalau nak ikut.