Thursday, January 3, 2008

Kayuhan Tahun Baru 1-1-08


Zamani telah menjemput melalui sms nya "New year special promotion! 50% discount. Salak jalan 6 kaki lenggeng borga semenyih kajang ukm jenderam salak. Manja-manja only 45km. Normal price after promotional period 90km. Mari mari. Bawa kawan-kawan 730am! Limited offer one day only!!!"
Begitulah tawaran Zamani. Aku dan Omar pun ikut serta tunggu mereka di Bukit Unggul pada 0815. Oleh kerana mereka (Zamani, Razak, Jamil) belum sampai kami pesan roti bakar dan teh O limau. Eluk je pesan minum kul 0820 mereka tiba jadi mereka kena pesan minuman jugalah. Sekitar 0845 baru kami berkayuh ke Bangi, Rinching hilir, Jalan 6 kaki, Beranang, Lenggeng dan Broga. Zamani, Omar dan aku di depan manakala Abang Razak menemani Jamil di belakang. Kami jumpa Azhar dan Azizul berkayuh dari arah berlawanan. Kami tanya Azhar apasal tak ikut sama-rupanya dia tak faham maksud sms Zamani di atas. Abang Razak dan Jamil meneruskan kayuhan ke Semenyih-katanya kita kayuh perlahan kena pi dulu. Selepas berbual dengan Azhar/Azizul kami bertiga cuba kejar balik Abang Razak/Jamil. Seronok juga cuba cucuk angin Zamani dan Omar. Kami jumpa semula untuk minum dan makan tauhu di Semenyih. Zamani agak kelaparan dia memilih Nasi ayam. Kul 12 kami bertolak pulang melalui Bangi. Abang Razak mula membuat pecutan, aku dan Omar menyucuk angin. Zamani dan Jamil kayuh bersama. Zamani yang biasanya laju kali ni memperlahankan kayuhan kerana menemani Jamil atau dia kekenyangan makan nasi ayam. Abang Razak walaupun dah berumur tapi cukup bertenaga, aku terputus mengikutinya setiba di bukit Bangi. Selepas Bangi Lama, kami berpecah menghala ke rumah masing-masing. Aku dan Omar ke Bandar Baru Bangi, Razak, Zamani dan Jamil ke Salak Tinggi. Dapatlah berkayuh 80km, tidak seperti tawaran Zamani yang katanya 45km selepas diskaun 50%. Begitulah helah atau lawak orang kayuh basikal.

No comments: