Monday, December 31, 2007

Kayuhan Lepas Raya/Akhir 2007

29 & 30/12/07- Setelah 10 hari tak berkayuh.
Sabtu kayuh bersama Dr. K dan Brahim di Putrajaya, sekitar PICC, Istana Melawati/Shangrila. Kemudian pulang melalui Sg Merab. Dapatlah 60km.

Ahad kayuh bersama Omar, Brahim, Matta (Faizal), Rashin, Gaweng (Saiful), Ustaz Hakim, Firdaus dan Naha dari Taman Kantan Permai TKP24. Kami (saya, Omar, Barhim & Matta) kayuh dari MTDC, UKM melalui Bangi Lama, Jalan 6 kaki (Rinching Hilir) dan kami berjumpa di Beranang. Kumpulan TKP24 berkayuh dari Kajang melalui Semenyih. Kami meneruskan kayuhan ke Mantin, Pajam dan berhenti minum pagi di Nilai 1.

Menunggu kumpulan TKP24 di Beranang.


Sarapan pagi dengan roti canai garing di Nilai Satu.

Lepas minum kami meneruskan kayuhan melalui Salak Tinggi, Jenderam dan tamat di MTDC. Kumpulan TKP24 meneruskan kayuhan ke Kajang. Terasa tegang juga otot paha setelah membuat aksi kejar mengejar dan tarik menarik sehingga mencapai kelajuan lebih 40km/jam. Satu kayuhan yang menyeronokan - campuran golongan muda dan veteran.

Isnin 31/12/07 - Aku cuti sempena hujung tahun 2007. Aku berkayuh solo menggunakan basikal gunung melalui Kajang Techpark dan lebuhraya Kajang-Seremban (sedang dalam pembinaan) hingga ke Mantin dan pulang ikut Batang Benar, Pajam, Nilai 3, Bukit Mahkota dan pekan Bangi Lama. Sakit juga otot paha berkayuh menggunakan basikal gunung sejauh 52km.
Lembu-lembu begitu selesa lepak di atas lebuhraya.


Garis kuning ialah lebuh raya Kajang-Seremban yang sedang dalam pembinaan (Dari Kajang Techpark ke Mantin). Kebanyakan jalan sudah ditar, tetapi jambatan yang melintasi jalan lama masih dalam pembinaan.

Kerosakan yang disebabkan oleh merokok: Pesanan dari doktor perubatan yang pernah membuat autopsi ke atas mayat seorang perokok tegar. Paru-paru perokok didapati penuh dengan lapisan tar yang terkumpul dari asap rokok yang disedut. Paru-paru tidak dapat mengembang atau menguncup tetapi keras dan tidak elastik. Pengalaman saya juga bila merokok, pernafasan saya tidak optimum dan terasa kepenatan bila membuat pecutan semasa berkayuh.

2 comments:

Anonymous said...

kayuhan ini lah yg menyebabkan kayuhan terakhir bersama seorang sifu
yg byk bg tunjuk ajar..anyway kesempatan ni nak mohon maaf pada semua rider jika saya ade "tersalah laku"selaku org yg baru berjinak dalam arena basikal ni..

abuomar said...

Kadang-kadang boleh berlaku marah-marah selepas kepenatan berkayuh. Saya pun pernah mempunyai perasaan demikian satu ketika dulu. Tapi perkara ini biasa saja bagi pengayuh. Yang penting tak usahlah kita menyimpan dendam. Kita perlu berlapang dada, terbuka dan cuba memahami hasrat masing-masing. Ada yang ingin kayuh laju ada yang ingin kayuh makan angin, silakan. Ragam yang berbagai begini ada baiknya, ada seronoknya. Kayuhlah mengikut rentak dan kemampuan sendiri. Saya sendiri kadang-kadang suka kayuh solo dan kadang-kadang suka berkawan dan kadang-kadang juga suka bersama keluarga. Pelbagaikan hidup kita. Nikmati semua rezeki yang Allah beri.