Ahad 16/12/07- Aku dan Omar kayuh kat ladang kelapa sawit belakang UKM. Dapatlah berkayuh 25km hari ini. Omar tak bersemangat kayuh hari ini kerana risau lengannya yang bengkak digigit serangga yang tak diketahui semasa berkayuh semalam belum lagi lega.
Tak puas berkayuh, petang lepas asar aku berenang pula di UKM. Buat 1000m & 500m. Jumpa Sdr Azwar, cukup laju dia berenang sekarang. Tak dapat nak ikut, boleh setakat 50m saja, lepas tu rasa tercungap/sesak semacam.
2 comments:
wahhh... saya teringin hendak men beskal.... camner yer nak pilih beskal gunong....
banyak basikal gunung kat kedai. ada yg ekur keras dan ekur lembut. kalau di kajang ni sy boleh cadang kedai khairi kat jalan cheras, dia jual jenama trek. kedai dekat simpang ke Tmn Sekamat. kalau ekur keras boleh dapat dengan rege RM1K++. Kalu ekur lembut mungkin RM5K.
Saiz basikal ikut tinggi badan lah. sy tinggi 160cm, pakai saiz S (14").
Post a Comment