Menyambung semula rantai basikal Ari yang putus ketika mendaki. Dalam kebanyakan kes, kejadian putus rantai ni berlaku semasa pendakian. Sebabnya mungkin kebanyakan pengayuh terlupa menukar gear lebih awal. Bila gear ditukar ketika pendakian, biasanya rantai boleh tertuil lalu putus.
Berehat seketika di puncak Bukit Botak.
Dari arah selatan kelihatan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (kanan).
Lagi gambar boleh di lihat di blog Perlis Power .
Jumaat 2 April, aku berpeluang berkayuh basikal gunung bersama kumpulan Jitra. Cuma masa agak pendek, kami berkayuh sebelah petang bermula jam 4 ptg.
Ron (kanan) rakan basikal gunung dari Perlis yang ku kenali semasa berkayuh ke Satun beberapa tahun lalu. Beliau mengajak mencuba denai di Jitra. Ron merupakan kaki kayuh. Beliau sering berkayuh ke Siam. Bulan disember nanti beliau bercadang untuk kayuh ke Chiang Mai selama 14 hari. Teringin juga aku nak ikut tapi cuti lama mungkin susah bagiku waktu ini.

3 comments:
Tuan
Boleh beritahu macamana nak kontek En.Ron dari Jitra tu.Ingin nak tanya pengalaman dan maklumat kayuhan sebelah Thailand
Jika ada laman webnya lagi baaik
Update...'Kayuhan Jejak Kasih' di Pauh....
Johar bole contact Ron di 019 4456578 - Perlis MTB Club
Terima kasih atas maklumat.
Post a Comment