Pagi berenang di kolam hotel Bayview.
Pandangan satelit pekan Kuah. Aku sampai ke hotel Bayview petang ahad atas urusan kerja (bengkel penulisan karya: Radiografi industri-teori dan praktik). Hotel ini agak mahal jika dibandingkan dengan hotel Sutera di KK dan kemudahan yang diberikan. Kadarnya ialah RM205 semalam. Bagi yang suka membeli belah terutama kaum Hawa tempat ni kira baiklah. Kedai HIG (Haji Ismail Group) dikira kedai yang ramai dikunjungi orang untuk membeli pinggan mangkuk dan cokelat. Inilah kolam kecik yang aku berenang setiap pagi.
Selasa (11-Mar) - L (30 min) R (30 min): Bayview Langkawi
Pagi berenang di kolam Bayview dan berlari di taman sebelah masjid Kuah.
Pandangan waktu senja dari pantai pekan Kuah.
Rabu - Rehat (Balik ke Bangi)
Bertolak pulang ke Bangi. Sebelum pulang singgah makan laksa paling sedap di Kuala Perlis iaitu restoran Kak Su (N6 23.847 E100 07.959). Kalau yang minat makan sotong goreng tepung bolehlah singgah warung tepi laut Kuala Perlis (N6 23.437 E100 08.025). Harganya berpatutan. Di Perlis ni harga makanan laut agak murah berbanding dengan negeri lain. Kalau sotong goreng tepung tu harganya lebih murah dari Terengganu.
Inilah restoran Kak Su yang dikatakan menjana pendapatan bersih RM15K sebulan hanya dengan menjual laksa. Pulut udang kedainya pun sedap juga.
Kedai Emas Kelantan di Kuala Perlis. Kedai emas Kelantan ni kira ada di seluruh negara. Kat Kajang pun ada, walaupun kedainya kecik saja tapi mereka masih boleh bertahan. Saya pernah buat cincin kat kedai emas Kelantan di Bangi dan pernah timbang rambut anak yang dicukur selepas 7 hari lahir - bagi tujuan membuat penilaian harga perak dengan rambut seberat tu. Selain aqiqah, kita disunatkan menderma kepada orang miskin sebanyak harga perak seberat rambut anak 7 hari lahir. Tak banyak lebih kurang RM30 saja.
Khamis (13-Mar) - B (30 min) L (30 min)
Lepas balik dari Langkawi, badan pun mengembang (68.5kg) sebab banyak makan.
Kayuh dan lari sekitar rumah lepas isyak. Kul 11 terus tidur tanpa mandi, malam agak sejuk sebab siang hujan.
Jumaat (14-Mar) - B (30 min)
Kayuh basikal gunung sekitar rumah
Kayuh basikal gunung sekitar rumah
Sabtu (15-Mar) - R (30 min) B (45 min)
Kayuh basikal jalan ke Sg Merab, berenang di UKM
Ahad (16-Mar) - L (45 min)
Lari dari rumah ke Seksyen 15 BBBangi. Sebahagian berlari atas trek.
Pandangan waktu pagi Sg Langat dari atas jambatan UKM.
Buat larian atas trek sebanyak 8 pusingan (3.4km) selama 22 minit (9km/j). Lepas tu jalan balik (penyejukan) ke rumah (15min).
Jumlah R(90), B(105), L(105) =5.00 jam
4 comments:
Salam bro
Nampak gaya bro dah join triathlon ni! Tahniah! Saya pun baru join gak.
Saya akan pindak ke KL. Duduk di Seri Kembangan. Bole la kita training sama2.
Cheers
salam,
insyaAllah kita boleh buat latihan bersama, tapi sy ni kira veteran tak larat nak kejar orang muda.
Salam bro
Nampaknye kita ada sikit connection.. kongsi minat yang sama dan ada rekod setiap latihan. Sy pun mcm bro... love to record everything!
Sy ada rekod segala aktiviti sy dlm excel termasuk kos membeli peralatan.
Hope to share with u bro...
salam,
sy pun ada lawat ur blog. sy baru buat rekod latihan sejak 9 minggu lepas - 20-week half ironman training. sasarannya tahun ni nak masuk triathlon - Afamosa dan PD. Kapas swimathon ada juga kawan ajak masuk, tapi sy tak yakin lagi, takut pun ada. sy tak tahu macam mana nak amik makanan utk tempoh >3 jam renang.
Post a Comment