Isnin - B (35min) R (60 min) tujuan: melonggarkan segala ketegangan semalam.
Kayuh dari rumah ke pejabat (25 min) + 10 min pi mesyuarat.
Renang kat UNITEN selepas pejabat - pemanasan 500+4x50, utama 1500 (NFS 3) (38min), penyejukan 2x50. Jumlah masa keseluruhan 60min.
Selasa - L (60 min) - berjalan dari lapangan terbang KK ke Sutera Harbour selama 1 jam, B (60 min)- dalam jimnasium.
Aku ke KK atas urusan kerja - menjadi juruperunding perlindungan sinaran kepada syarikat pembuat paip gas yang membuat kerja Radiografi sinar x. Selepas penat berjalan aku cuba bertanya kekosongan hotel sutera harbour, kadarnya RM224.25 kira bolehlah, rasanya padan dengan kemudahan yang ada.
Pandangan dari satelit sekitar pelabuhan Sutera di Kota Kinabalu. Kelihatan pulau-pulau berdekatan, Pulau Gaya, Sapi. Manukan, Mamutik dan Slug. Juga kelihatan tumbuhan laut, iaitu batu karang. Airnya masih jernih dan kelihatan begitu banyak ikan-ikan di jeti.
Pemandangan dari pantai Sutera. Kelihatan pulau-pulau yang eluk untuk dilawati, hanya 15 min dengan bot. Tapi aku tidak berkesempatan. InsyaAllah jika berpeluang lain kali aku ingin bersnorkling.
Puncak Kinabalu dapat dilihat dari pelabuhan Sutera ketika petang baru lepas hujan.
Rabu - R (45 min), L (90min) - Sutera Harbour, KK. Renang di kolam 45 min (3x500). Berjalan sekitar KK selama 1 jam. Lari sekitar hotel 30 min.
Kolam renang saiz olimpik dengan tali pemisah. Boleh praktik kuak lentang tanpa risau akan berlaku perlanggaran, bebas dan senang nak kekal rentak renang. Pada awal pagi tak ada orang tetapi kemudiannya ramai dengan peserta membuat latihan Scuba.
Pandangan satelit ditumpukan pada pelabuhan Sutera. Kelihatan 3 kolam renang: Pacific sutera, Kelab golf (saiz olimpik) dan Magellan sutera.
Pokok teratai di taman kolam belakang Pacific Sutera.
Pandangan waktu senja di tepi laut depan hotel Le Meridien, KK berhampiran pasar malam.
Khamis - R (45 min) L (60 min)- Sutera Harbour, KK. Pagi renang di kolam selama 45 min. Cadang nak renang kat laut tapi khabarnya tak selamat kerana air surut (cetek) dan banyak batu karang yang bahaya. Jalan 1 jam dari Sutera ke lapangan terbang.
Batu karang banyak membiak sekitar jeti. Kelihatan batu karang hitam macam jarum dikatakan bahaya untuk perenang.
Jumaat - B (50 min)
Basikal balik pejabat (20 min) + 30 min sekitar rumah.
Sabtu - L (30min) B (60 min)
Lari pagi sebelum gi mengundi, petang kayuh dengan Wan.
Ahad - Rehat (ke Langkawi/Perlis)
Jumlah jam latihan minggu ini ialah 9.33 jam (sasaran 8.58 jam). Renang 150 min, Basikal 170 min dan Lari/jalan 240 min.
4 comments:
Molek gak gambar demo amik kat KK tu... ada "3S" [Story, Sharpness and Saturation]. Rupe'2nye demo berbakat gak dlm fotografi ni.
Naik beskal rge' mahal mmg menyeronokkan, ringan dan lancar, rasa2 setakat 30~40 km atas jalanraya masih boleh tahan... tapi semasa mendaki bukit yang berlopak2 kawe masih belum mahir nak balance...sampai pening2 dibuatnya... tapi masa menurun bukit naik seronok lak... teringat semasa muda2 main scrambler kat hulu klang sekitar pertengohan tahun 70an dulu.
anyway thanks for lending me your expensive bike... next time kita cuba gatih ke Kg Org Asli di pinggir PutraJaya lak...camner G?
Selamat bercuti...
kawe mmg minat fotografi ni, kira2 amik cuba2. dulu pernah main fotografi lepas tu kamera kena curi berhenti sekejaplah. barangan kamera ni pun boleh tahan regenya. macam main beskal jugaklah.
beskal kawe tu kira dalam kategori murah je. kira demo ni dah ada skill masa muda, mungkin boleh improve dengan cepat.
insyaAllah kita cari masa sesuai utk ke kg org asli tu.
cuti sekolah tak gi mana ko?
Cuti skolah kalini tak kemana2. Tapi hujung minggu depan [selepas maulid -ur-Rasul] akan pergi ke-Rumah Peranginan Persekutuan, nak jog atas pasir tepi pantai lak..[insyaallah 3h 2m di sana]
salam,
bagus jugak tu joging kat tepi pantai. kalau sy ke pantai pun sy amik peluang joging. tak payah pakai kasut. pasir boleh jadi penyerap hentak.
Post a Comment