Monday, December 3, 2007

Berenang

3/12/07- Dah lebih sebulan agaknya aku tak berenang. Petang ni cuaca pun terang dan panas, sesuai untuk berenang. Aku berenang di kolam UNITEN dengan bayaran hanya RM2. Mula 1730 tamat 1820. Buat 100m, 300m, 500m, 300m, 100m, 500m. Rasa sedikit lenguh tangan sebab lama dah tak berenang. Setiap petang Isnin, Khamis dan Jumaat, kolam ni hanya untuk lelaki. Tapi Isnin agak ramai pelajar UNITEN. Yang tak syoknya mereka ni berenang mengikut arah melintang kolam - tumpuan kadang2 terganggu sebab takut berlanggar.

7 comments:

Anonymous said...

MasyaAllah!!...uncle pergi berenang pulak? Uncle suka kuak kupu2 atau kuak lentang?

Hebat betul lah uncle ni, semua boleh...Berjoging, Berbeskal, Berenang...[tunggang motosikal boleh tak?]

Uncle ni kuat bersokan, kuat bekerja dan kuat beribadat. Kira Complete tu. Walaupun dah berusia setengah abad masih kelihatan macam 30'an..Saya pun nak cuba jadi macam uncle jugak, ada apa2 tips ke?

t.k wassalam

Anonymous said...

Janganlah puji banyak sangat. segala pujian hanya bagi Allah. Tunggang motosikal pun insyaAllah. Lesen B2 je. Pernah juga beberapa kali balik kg ngan motosikal. Semua orang akan tua dan akan mati. Uban pun dah banyak, itu tanda tua. Tip tu ikut sunnah Nabi saw. Bersenam (nabi pun tunggang kuda, berlari, memanah), sederhana makan, tidur jangan lebih sangat. Bangun awal pagi, tidur awal malam. Lepas isyak tu kalau tak ada apa yang penting tidur je lah. Kurangkan hiburan, TV. Pendek kata semuanya sederhana. Saya pun banyak kelemahan.

Anonymous said...

lupa nak jawab tadi, saya biasanya berenang gaya bebas (lebih kepada gaya total immersion). kuak dada untuk pemanasan atau kadang2 selang seli kuak dada/gaya bebas bila berenang di laut.

Anonymous said...

Balik kg kat Kelantan dgn moto? ... ini lagi hebat. Tentu ada super bike. Paling kurang pun 200cc [sebab kelas B2]... tak kan naik kapcai balik kg kot.

Petua untuk kuat stamina...
Yang penting kurangkan hiburan dan tidor. Lebihkan bersukan dan beribadat gitu kan?

T. kasih uncle, kerana memberi petua. Hope to see u - a great person.

Anonymous said...

Doc Pauzi lama tak dengar kabar.

Doc Pauzi ,Di Jalan Rumah saya dah ada Kelab Basikal.Kami akan buat Interstate ke Melaka pada 8/3/2008.Abang pauzi di jemput sama.Tempat penginapan di Kolej Ishak Amin KUTKM.saya dah confirm dengan dia.

Rashin said...

Tajuk pengembaraan kita aialah Interstate HEarte Challenge.

Anonymous said...

bermotor jarak jauh ni nakkan kesabaran saja. pak cik pernah pergi-balik kelantan dengan motosikal honda hurricane (110cc) dan pada masa lain pernah sy balik dengan naza blade 250cc. tapi skrg rasa mcm tak larat dah, terutama sy ni mudah mengantuk.

rashin!, ttg ke melaka tu rasa agak berat juga nak pi. tapi kalau tak ada apa hal mungkin sy join hingga ke PD, lepas tu patah balik.
+pauzi+