nak cuba cari laluan ke kemensah tapi tak jumpa laluan masuk. untuk mudah mencari laluan rasanya di lain hari kena masuk dari kemensah/zoo negara. lagipun hari ini mula agak lewat dan kesan keletihan kayuhan semalam di putrajaya masih belum hilang. biasalah sebagai manusia yang lemah, ada ketika rasanya penat. mula kayuh dari batu 18, jam 0930. jam 1200 dah balik makan nasi lemak kat warung nasi lemak sg congkak. ramai oarng berkelah di sg congkak hari ini sempena cuti sekolah.
laluan agak elok tapi kurang dilalui orang. ada berbatu-batu yang menyeronokkan bagi yang gemar teknikal. banyak juga pacat. pacat pun jenis yang bisa, berjalur dan hujung warna hijau. gigitannya menyakitkan tak seperti pacat biasa. kemudian jumpa sekumpulan babi dan seorang orang asli menaiki motosikal. memang biasa, bila banyak kesan sondolan babi yang mencari cacing maka di situ juga akan banyak pacat.
dari kiri hanif, aku dan azizul. omar jadi jurugambar.
sampai di penghujung ada sungai, laluan masih ada tapi agak sempit. kata hanif cukuplah di sini, jam pun dah 1115.
4 comments:
Keep it up bro! We are extremist in sports! Golf only for menopause people. Major K!
Terima kasih Major K atas semangat yang diberikan. Pada saya golf macam main guli masa kanak2. Tapi ia cukup popular hampir setiap hari ada kat Astro. Menopause!! saya kurang pasti, biasanya berlaku bila umur berada dihujung usia. Pada perempuan boleh diketahui dengan mudah (putus haid) tapi bagi lelaki entahlah. Mungkin kadang2 ada perasaan naik minyak itu tanda menopause. +pauzi+
Kalau turun minyak itu tandanya kerana kepenatan berbeskal. Berenti lah dulu. BTW saya amat bangga dengan stamina Uncle G tu... ada makan tongkat ali ke? atau ada apa2 rahsia untuk dikongsi bersama... kat umah pasti hebaaat ugak kan?
semasa berkayuh saya biasa ambil buah kurma, makanan tenaga (sedikit tetapi mencukupi), banyak minum air. untuk recovery biasanya minum air bercoklat spt milo, susu kacang soya. alhamdulillah bila dah bersenam, jantung sihat-aliran darah pun lancar, muka pun berseri, maka yang lain-lain pun OK juga. dengan sapa sy bercakap ni?. jomlah kayuh sama.
Post a Comment