Sunday, November 11, 2007

Laporan cubaan jandabaik-chennah

Sabtu 10/11/07-Kami bangun seawal jam 0430 dan berjumpa di masjid Semenyih. Lepas solat subuh kami bertolak menaiki van ke Janda Baik. Semuanya 7 orang; azhar, zamani, ng, zam, naza, pauzi dan omar. Sampai di jandabaik kul 0810 kemudian minum secawan teh bersama roti. Kul 0840 mula kayuh. Laluan lecah dan berbatu, kadang-kadang kena tolak. Tiba di puncak (Heli pad) jam 1130. Lepas ini jalan sedikit menurun dan kebanyakan jalan sudah ditutupi pokok paku pakis dan buloh. Pokok-pokok ini perlu ditebas terlebih dahulu untuk membuat laluan, hinggalah kami tiba di penghujung tanah runtuh yang curam pukul 1500. Zamani memberi nasihat agar kita berpatah balik sebab hari semakin gelap dan kadar pergerakan kami hanya pada kelajuan 1km/jam. Untuk sampai ke Lata Kijang dianggarkan lebih kurang 9km lagi (berpandukan pada GPS laluan Joe Adnan).
Jam 1530 kami pulang dan tiba di Heli pad (perkhemahan orang yang membuat persempadanan semula) jam 1715. Kami solat jamak asar dan zohor dan pada jam 1730 bertolak pulang ke Janda baik. Zamani dan Zam tiba di Janda Baik 1910, Pauzi dan Omar 1940, Azhar, Naza dan Ng 2010. Bila gelap memnag susah untuk berkayuh di jalan yang lecah. jadi kebanyakannya menolak basikal dan tentunya melambatkan perjalanan. Kadar kelajuan keseluruhan ialah 2km/jam sahaja untuk jumlah perjalanan 24km pergi-balik. Bergambar sebelum memulakan kayuhan (gambar ehsan Azhar): Dari kiri - Ng, Zamani, saya, Naza, Omar, Zam dan Azhar. MTB - mari tolak basikal
Membasuh basikal selepas melalui jalan lecah. Rantai dan brek jam.

Tiba di puncak heli pad. Berbincang dengan pekerja persempadanan semula tentang bacaan GPS. GPS kami jenis Garmin 60CSx kira boleh tahan dan boleh dipercayai. Azhar, Naza dan saya masing-masing membawa sebuah GPS model yang sama iaitu 60 CSx, cuma harga yang dibeli saja berbeza. Saya beli di Singapura dengan harga RM2300, Azhar beli di Seremban dengan harga RM1800 dan Naza melalui pos (Amazon) dengan belanja RM1500. Selain itu zamani pula membawa sepasang walki talki bagi memudahkan perhubungan.

Bergambar di puncak, Heli pad (gambar ehsan Azhar).
Laluan semakin tertutup selepas Heli pad (gambar ehsan Azhar).
Lengkong hijau ialah laluan kami. Merah ialah laluan Joe Adnan pada tahun 2003. Sebelum ini kami berkayuh dari Chennah ke Lata Kijang, tiada masaalah jalan masih boleh dilalui kecuali ada sebatang pokok balak tumbang yang menyebabkan kami kena angkat basikal. Yang lain semua boleh dikayuh.
Puncak tertinggi ialah di heli pad pada ketinggian 806m dari aras laut.

8 comments:

MUHAMMAD JAMALUDDIN said...

Cayalah.. nampak pro team hangpa nie..

tamar said...

Salam,
Terima kasih atas komen yang diberikan. Kami bukannya pro pun, belum keluar jauh, sekadar berkayuh kawasan kampung sendiri. Tapi kami ada minat yang hampir sama dan tahap kecergasan yang hampir sama. Agak sedih juga hasrat kami untuk ke Chennah dari Jandabaik tidak tercapai disebabkan jalan lori balak sudah tertutup dan tanah runtuh. Entah bila boleh pergi lagi pun tak tahu. Nak menebas sejauh 9km memang rasa tak mampu.

Anonymous said...

uih.. baguih baguih.. terar la hang pa nih..

gazimoto said...

salam,

blh share some tracklogs ke? saya berminat ke chennah juga..terima kasih kalau sudi share bang..

abuomar said...

salam gazimoto,
boleh, no problem. Nanti sy e-mailkan gps map. Tapi sy rasa serik utk ke sana lagi. Tanah runtuh tu agak curam nak susah utk diharungi. pacat menjalar-jalar. nak bermalam pun kena buat persediaan secukupnya. Takut dan seram pun ada. khabarnya orang asli kg chenah pun dah tak guna laluan tu lagi.

dc said...

Asalamualaikum,

Saya pun berminat nak mencuba denai dari J. Baik ke Kg Chenah. Boleh kongsi tracklog atau waypoint gps? Terima kasih.

Johari

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Tiada masaalah saya boleh bagi tracklog. Tapi mungkin sudah berubah atau tertutup laluan. emelkan pada abuomar@unifi.my

q13a13 said...

salam,
boleh share tracklog? berminat dgn trail dr janda baik - kemensah dah juga janda baik - chennah. terima kasih.