Sunday, November 18, 2007

Kayuh PCC

Ahad 18/11/07- Hari ini aku kayuh basikal gunung ke Semenyih dari rumah (20km - halaju 20km/jam) untuk ikut sebahagian dari litar PCC presidential ride 2007. Atas cadangan Zamani (katanya tak mahu bersesak-sesak di litar 1), kami mula kayuh dari Kg Pasir selepas menikmati nasi lemak. Selepas menunggu kehadiran Azhar dan Azizul kami mula kayuh jam 0900. Mulanya kami menghala ke Sg Tekala untuk memasuki litar 2 (PCC 2005). Litar lama dah tak boleh dimasuki, jalan dah bersemak. Rupanya tahun ini ada perubahan, litar 2 bermula di Nirwana. Jadi berpatah balik dan memasuki litar baru PCC, selepas ini kami mula bertembung dengan kumpulan yang pantas. Agak laju juga mereka berkayuh. Jalan pun banyak lecah dan licin. Tiba di check point 3, kami tumpang minum dan makan tembikai dan pisang. Bukan apa orang dah tawarkan tak kan nak menolak. Selepas check point 3, pendakian dan penurunan agak tegak. Seketika kemudian hujan turun dengan agak lebat, memulihkan kembali stamina. Selepas keluar ke jalan utam Semenyih-Tekala, kami tak terus ke check point 4, sebaliknya kembali ke Kg Pasir dan minum segelas neslo (milo + nescafe). Cadang nak kayuh ke Bangi, tetapi Azizul beriya-iya menawarkan untuk menghantar pulang ke Bangi.
Jarak kayuhan aku hari ni;
1-Bangi- Kg Pasir =20km
2-Litar PCC = 33km.

Berhenti rehat sekejap setelah penat mendaki.

Check point 3 - terima kasih atas air, tembikai dan pisang. InsyaAllah tahun depan jumpa lagi.




6 comments:

Anonymous said...

Tuan memang seorang yang hebat. Active and strong 50!

Anonymous said...

salam,
ramai lagi yang hebat. alhamdulillah dengan berkayuh badan rasa sihat. kalau ikutkan hati memang kayuh basikal ni kira berhantu jugak, ketagih. bagaimanpun kita kena kawal perasaan supaya bersederhana.kalau terasa berlebih tu fikirkan balik apa tujuan asal kita berkayuh, iaitu nak sihat tubuh badan, nak berkawan.
+pauzi+

Anonymous said...

Umor hanya nombor sahaja. Kita tidak seharusnya merasa berumor apabila melewati usia 50an . Apabila Badan sihat dan kuat, beribadat pun hebat juga....InsyaAllah masih mampu berqiamulail, solah Tasbih etc...bukan gitu bro Pauzi dan 'pakcik' AbuOmar?

-uncle-

abuomar said...

Bila badan sihat kita rasa selesa untuk bergerak dan bekerja. Saya minta maaf mungkin ramai yg terkeliru. Nama saya sebenarnya pauzi. Ada 5 anak, sorang lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki sorang namanya Omar. Jadi saya ni bapa kepada Omar atau boleh panggil saya abuomar. Abu dalam bahasa arab bermakna bapa. Ibnu atau bin pula bermakna anak. Nak panggil saya Ibnu Ismail pun boleh juga. Bapa saya bernama Ismail.
Jadinya pauzi=abuomar=ibnu ismail=bin ismail.

Anonymous said...

Oooo gitu.....
Tamar tu uncle G jugok ko? Uncle G tentu ore klate, sebab namo Pauzi, Deraman, Dolah...kebanyokan dari serambi Mekoh..amo pong berasal dari situ ugok...

Ahlan wa sahlan Ibnu Ismail.

abuomar said...

betullah tu. tamar juga nama samaran saya. masa lumba basikal respeda suatu ketika dulu, kami ada pasukan yang bernama tamar. sekarang lumba dah tak minat sebab susah nak menang, tak ada bakat sebagai pelumba.