Hari ini Taman Cabaran Presint 5 telah dibuka dengan resminya. Beberapa
acara telah dipertandingkan sempena pembukaan taman cabaran ini. Antaranya ialah perlumbaan basikal gunung. Perlumbaan dimulakan dengan melepaskan peserta supaya berkayuh di jalan raya terlebih dahulu sebelum memasuki jejak luar jalan.
Peserta menunggu ketibaan VIP untuk majlis perasmian.
2 jam juga kami menunggu untuk msjlis perasmian.
Isteri kepada artis Arash Muhammad juga turut ikut serta bersama suaminya.
Peserta veteran dilepaskan kira-kira jam 1025.
Aku dapat menamatkan dalam tempoh 1 jam. Penat juga. Alhamdulilah tiada kemalangan.
Anak dan isteri bergambar dengan artis Arash Muhammad
Anak dan isteri bergambar dengan artis Shamsul ghau-ghau.
Anak gembira dapat bergambar dengan artis Ezlynn
BWM X5 dengan harga 1/2juta lengkap dengan tempat letak basikal atas bumbung dan belakang. 5 buah basikal boleh dimuat serentak. Basikal BMW juga dijual dengan harga RM15k.
Semua gambar hasil OMP production.
KEPUTUSAN VETERAN 8 km
1 V011 40.00 Kwan Kah Young
2 V005 41.06 Stephen Rsuch
3 V003 41.18 Farizul Latif Zulkifli
4 V007 Criss Sulivian
5 V001 Mohd Nazarudin Husin
6 V012 Markus Oszwala
7 V004 Md Yusof Bin Muhamad
8 V009 Abdul Rahim Muhamad
9 V002 Muhamad Pauzi Ismail
10 V006 Zainal Azhar Zainudin
11 V008 Mustaffa Kamal
12 V010 Lam Wei Ping
13 V013 Suhaimi Hashim
(dipetik dari Selangor MTB)
13 comments:
Salam Dr Pauzi, semalam dapat nombor berapa di garisan Finish? Saya balik awal stlh sampai finish sbb anak-anak sudah kepanasan. Walau tak jd pemenang, Alhamdulillah dapat menamatkan pertandingan dengan selamat& dapat point yg lengkap dpd urusetia.. Jenuh juga ya kita tunggu dari jam 8pg, padahal mula start pk 11pg. Tapi walau bagaimanapun, pertandingan semalam dapat memberikan pengalaman yg berharga dan utk menambah confident di masa hadapan. Sempat juga bergambar bersama Shahrin Amir, champion open men. Terima kasih kpd Omar krn dpt menangkap gambar kami berdua..
Salam Dr, saya baru pindah Bangi Seksyen 7. Sekarang tengah mencari geng2 untuk join cycling (MTB). Kalau ada program nanti bagitau la...kot2 boleh join.
Waalaikum mussalam Ridwan,
Saya pun tak tahu no. berapa. Isteri cakap mungkin no. 8. Saya pun tak duduk lama, tunggu Omar amik gambar orang main BMX dan lepas tu beli seluar MTB serta sesi bergambar dengan artis-artis kemudian balik. Balik cepat sebab ada 2 kenduri kawin yang perlu dihadiri.
Waalaikum mussalam Zacque,
InsyaAllah saya iklankan kat blog ini. Hujung minggu ni belum rancang lagi tapi kalau kayuh pun tak jauh sebab sabtu ada hal tengahari.
Terima kasih Dr. Elok la kalau tak jauh tu sebab saya pun dah lama tak mengayuh ni.
salam,
saya rasa sabtu ni nak kayuh kat Taman Cabaran Presint 5. kita jumpa di sana sekitar jam 8 di kompleks BMX, skate board etc.
Salam, Dr. joint Kencana-SIC Bikeanthon kelas MTB? Saya minat juga, tapi nak tahu dulu track dan distance. Mohon inform saya kalau ada maklumat lebih terperinci.. Terima kasih
Salam Ridwan,
Ada rakan roadbike ajak ikut lumba. Mungkin saya masuk lumba roadbike. Saya pun tiada maklumat MTB trail kat mana? Tapi rasanya ladang sawit yang berhampiran KLIA.
wah seronok semua ye majlis perasmian tuh..ingat kana dapat pegi menyiobuk lah..tapi tak dapet pasal ade emergency..huhuh
Seronok jugalah. Ada jualan barang basikal. Saya beli seluar MTB. Cara penganjuran MTB patut dipuji. Laluan road dan off-road memisahkan yang laju dan perlahan, memberi keadilan kepada yang kuat dan baik dari segi keselamatan, walaupun ada seorang yang cedera.
Salam Ridwan,
Saya baru talifon en fazin 0129147786(penganjur Kencana-SIC). Trek basikal gunung ialah sebelah SIC jugak. Untuk veteran, mungkin 4 laps (=12km).
Terima kasih Dr. Pauzi atas maklumat yg diberi. Mungkin perlu survey dulu sblm bertanding.. Oh ya maaf multiply.com saya sejak dua minggu lepas tdk dpt di-access dari pejabat, jd belum sempat reply comment Dr dan update photos race Putrajaya tempo hari.
Salam Dr., alhamdulillah multiply saya sudah aktif kembali..dijemput datang. Terima kasih
Post a Comment