Sempena menyambut cuti rehat (28-31 Dis 09), hari ini aku merayau-rayau dengan basikal jalan ke Putrajaya. Dari rumah berkayuh melalui Sg Merab, Limau Manis dan PICC ke presint6. Selepas renang 25 min di kolam Presint 6, aku pergi mendaftar untuk cabaran basikal gunung pada 10 Jan 2010. Bayaran cuma RM8 sahaja. Isi borang je dulu nanti bayar pada 9 Jan 2010. Perlumbaan akan bermula di Taman Skateboard, Presint 5 dan akan melalui jalan raya dulu sebelum memasuki jejak 'luar jalan'. Ini bertujuan untuk menjarakkan pelumba agar tidak sesak di jejak 'luar jalan'. Kemudahan panjat dinding di presint 5 ini percuma (termasuk peralatan panjat) sehingga 15 Jan 2010. Tak ada orang pun, dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 mlm.
Setelah itu aku berkayuh lagi ke Perbadanan Putrajaya untuk mendaftar 'half marathon' pada 6 Feb 2010. Bayaran cuma RM30.
Hari ini dapatlah berenang 25 min dan berbasikal 2 jam.
Lepas Asar, aku bersama anak-anak pergi sekali lagi ke Taman Cabaran untuk mencuba pendakian dinding.
6 comments:
Wah Dr. sdh aktif berbasikal lagi ya.. Alhamdulillah. Saya juga sudah mula aktif sejak hari sabtu lepas dgn laluan tmn univ - sg merab - taman cabaran - dengkil - bangi - ukm - tmn univ. Saya gunakan basikal XC yg baru: Raleigh M9. Bila agaknya boleh kayuh bersama? Mungkin light XC.
Alhamdulillah pagi ini terasa semakin bertambah sihat. Besuk, lusa, sabtu dan ahad insyaAllah saya akan berkayuh, renang dan mendaki dinding. Esuk dan lusa kayuh basikal gunung/joging di Taman Cabaran dan renang di presint 6 serta daki dinding di presint 5. Jumaat dan sabtu kerja rumah. Ahad kayuh lagi. Kalau nak, ikut kita kayuh ke Taman Cabaran.
Ok Dr, insya Allah hari ahad pagi boleh kayuh ke Taman Cabaran ya.. Jumpa pk 8pg di bus-stand UKM? Saya nak cuba performance basikal Raleigh M9 Hydro (fullsus econobike-fauxbar linkage system). Basikal ini saya cadang utk dibawa ke Bandung, menjelajahi pegunungan di sana. Jd perlu test dulu di sini.
OK, kita jumpa di bus stand UKM jam 8 pagi.
Tak masuk cabaran MTB pada 10 Jan nanti? Bayar cuma RM8, daftar kat presint 5 (cabaran pendaki). Kayuh bermula atas jalanraya 6km dan masuk taman cabaran satu pusingan 6km =12km.
Ok terima kasih Dr.. Ya insya Allah saya akan daftar untuk joint Cabaran MTB sempena pembukaan PCP. Maklumat lengkap ada pd http://pcpmalaysia.blogspot.com/
Daftar on-line pun boleh. Nanti bayar pada 9 Jan semasa kutip no.
Post a Comment