Ini sudah kali ke 5 aku ke taman basikal ini. Masih banyak perlu dihayati 'trail' ini. Sejam pertama agak kepenatan sebab tanpa pemanasan terus masuk 'trail'. Rasanya lain kali eluk dibuat kayuhan pemanasan dulu di atas jalan tar sebelum memasuki 'trail'. Aku mula dengan trail XC dan dihujung pusingan pertama memasuki 'roller coaster'. Kali ni buat 3 pusingan, tapi pusingan ke 2 dan 3 ditinggalkan beberapa 'loop'. Jarak kayuhan 17km untuk tempuh 3jam.
Silap membuat pendaratan, aduh sakitnya!!!
Terlebih terbang, bengkuk habis rim.
Aksi si kecil dengan proton T-bolt
Hari ini dapat idea mengimbangi basikal semasa menuruni cerun. Beberapa cerun yang sebelum ini hanya tolak basikal sudah dapat ditawan. Keyakinan datang setelah 1 jam bermain. Kira-kira 2 kali juga jatuh secara perlahan, lagipun pakai pelindung lutut dan siku ni banyak kelebihan.
Gambar2 aksi melompat lain boleh dicapai pada pautan berikut: http://www.flickr.com/photos/omp_production
*Gambar-gambar telah diambil oleh Omar Mohamad Pauzi (OMP).
11 comments:
siap angkat tayar lagi tu..baguih..
bukan angkat tu, memang terangkat sendiri selepas melalui roller coaster (turun kemudian menaik mendadak- trek buatan manusia). Kat sini kena pakai brek belakang, kena hati-hati jangan terbrek depan masa pendaratan.
gambar tergolek tu kalau hantar the star rasanya boleh menang $50 tu.
bro.. tadi kata nk letak basikal da bomb putih dgn elsworth? basikal norco kuning pun.. takpun tolong letak kat imageshack.us pastu sy donlod. tq :)
Zulhassan,
Dari blog sdr, nampaknya lagi mantap latihan sdr. Saya pun cadang nak masuk KL towerthon. Setiap sabtu saya nak pi panjat gunung. Panjat gunung ni bagus, ada aroma therapy.
Gambar2 telah dimuat naik.. maaf atas kelewatan.. gambar boleh dilihat dipautan berikut: http://www.flickr.com/photos/omp_production
sALAM......
CANTIK PUNYA JATUH..... TAPI BEST DAN TERINGIN JUGA ASCC NAK CUBA.... KALAU KAMI PERGI BOLEH GUIDEKAN......TQ
salam,
trail putrajaya ni memang teknikal macam TTDI. eluk pakai perisai lutut dan siku. setiap minggu saya pergi, ada saja orang jatuh. saya sendiri dah 3X jatuh. pertama kali jatuh sebulan juga sakit urat. orang tua lambat recover.
great pics!
Salam Mr. T,
Maaf belum menjawab soalan anda. InsyaAllah kalau datang sini saya boleh bagi panduan. Tapi jauh juga tu KKB. Bagaimanapun dulu-dulu saya suka kayuh ke tempat jauh. Pernah saya berkayuh dari KKB-Fraser-KKB. Sekarang rasa dah malas nak pi jauh-jauh.
Mr. Ober,
Gambar tu anak saya yang ambilkan. Susah nak dapatkan 'shot' yang terbaik. Perlu banyak pengalaman lagi.
Post a Comment