Thursday, February 19, 2009

Kayuhan Kangar-Satun

Besuk 24 Safar aku balik rumah isteri di Kangar bagi menemani anak untuk temuduga PTD. InsyaAllah kalau tak ada apa aral nak kayuh ikut Perlis Power MTB club yang akan berkayuh dari Kangar ke Satun, Thailand pada hari Sabtu 25 Safar.
Peta dan profail laluan Kangar-Satun


Kumpulan Perlis Power siap sedia untuk berkayuh ke Satun. Ketua rombongan Ari (kanan sekali) membekalkan setiap peserta dengan sebotol air cap badak, powergel dan power root madu kurma. Semuanya 13 orang. 11 orang berkayuh ke Satun, Tamalang dan menaiki perahu ke Kuala Perlis. Jumlah jarak kayuhan 100km. Rohani dan Zul berpatah balik dengan berkayuh melalui jalan yang sama menjadikan jumlah jarak kayuhan 175km.

Berihat di puncak bukit Wang Kelian sambil menunggu rakan-rakan lain.

Pasar Wang Kelian
Melepasi imigresen Malaysia untuk memasuki Siam.
Berihat seketika tak jauh dari Satun sambil menunggu rakan-rakan lain di persimpangan jalan.
Cucuk angin belakang En. Zul yang kuat. Zul ialah bekas atlet lumba basikal yang pernah menyertai Jelajah Malaysia.
Entah macam mana boleh jadi gambar begini.
Masjid di Pekan Satun
Fazli pelajar Unimap begitu penat setelah kira-kira 70km berkayuh. Pahanya krem beberapa kali -maklumlah masih baru.
Nik Ahmad Kamil dan Ari (berkayuh).
Aku, Ari, Nik dan Fazli tiba di Pelabuhan Tammalang kira-kira jam 4 ptg. Yang lain telah tersalah jalan dan tiba 1 jam kemudian.
Aku dan Nik bergambar bersama taukeh restoran (juga peminat basikal gunung) di jeti Tammalang.
Elywn tiba di Tammalang menuju ke jeti. Aman, tiada lagi perang tapi kasih sayang.
Menaiki bot pulang ke Kuala Perlis. Kami tiba di Kuala Perlis kira-kira jam 6 ptg dalam hujan yang menyegarkan.
Terima kasih kepada Perlis Power kerana sedia menerima saya ikut serta.

2 comments:

said TRJ said...

Salam Cik Abu!
Jealous..jealous..jealous...
mau x dengki,saya x pernah kayuh macam ni walau duduk kat perlis lebih 20th. dulu.
-syabassss-

abuomar said...

Salam TRJ,
Terima kasih. Saya pun kebetulan saja, tidak dirancang sebelumnya. Peluang tu saya terus ambik. Bolehlah cuba kayuh ke Siam, dah dekat tu. Menarik juga. Masuk je sempadan Thai, suasana dah berlainan, walaupun kebanyakannya orang melayu Islam macam kita. Tanda jalan pun dah lain.