Tuesday, February 17, 2009

Vertigo

Vertigo ialah satu penyakit yang menyebabkan seseorang tidak dapat mengimbangkan badannya. Aku mendapati penyakit ini sehari selepas mendaki Nuang. Kali ini latihan agak keras. Aku kebanyakannya berlari semasa menurun dan berjalan laju semasa mendaki. Banyak kali telinga ku terasa berdengung. Mungkin disebabkan oleh perubahan ketinggian atau kadar degupan jantungku pada paras maksimum untuk tempuh yang lama. Kebiasaannya jika aku berjalan dari kaki gunung hingga ke kem Lolo masa yang diambil ialah 2 jam (iaitu 4jam pergi-balik). Tapi ahad lepas aku ambil masa 1jam mendaki dan 1jam menurun.

Simptonnya ialah selepas bangun tidur aku dapati diriku seolah-seolah berpusing. Lepas sarapan aku muntah serious sehingga mengeluarkan muntah hijau (1/2 hari muntah). Sakit sungguh terasa macam dah nak sampai ajal. Muntah baunya cukup busuk diri sendiri pun rasa tak selesa apatah lagi orang lain. Yang peliknya kucing pula suka muntah. Ia menjilat-jilat muntahku yang dibuang ke dalam longkang dan kemudiannya datang lagi dekatku sambil menjilat kakiku dan badanku hingga ke muka ku. Terasa terhibur dan geli pula.

Inilah 'hitam' namanya yang suka menjilat muntahku. Anakku kata memang kucing ni suka makan benda-benda kotor. Tapi badannya sentiasa dijilat bersih.

Semalam jumpa Dr. Borhan di Kajang. Tekanan darah didapati masih normal 110/70. Pagi ni jumpa pula Dr. Mahalim di Klinik Sham, Sg Ramal. Dr. Mahalim ni kawan sekolah masa tingkatan 4 dan 5 dan semasa matrikulasi di Sekolah Menengah Alam Shah. Lama dah tak jumpa beliau, tapi nampaknya masih sihat dan slim macam dulu. Aku ingat masa sekolah dulu kalau berjalan bersamanya, dia suka berjalan laju dan cukup serious tentang pelajaran. Kesungguhannya belajarnya, sehingga ia kerap tidur di bilik belajar. Dia memilih jurusan perubatan, aku memilih sains fizik. Aku takut bedah-membedah. Beliau memeriksa agak perinci. Tekanan darah ku rendah (hanya 90), begitu juga kandungan gula dalam darah rendah. Rasanya mungkin sebab muntah-muntah yang berlebihan.

Jika sakit ini bukan kerana terlebih bersukan (kerana keturunan -sebab adikku pun sesekali ada simpton begini), maka tiada apa yang aku dapat lakukan selain mengharapkan penyembuhan dari Allah swt dengan memakan ubat yang disarankan doktor. Jika sebaliknya maka aku kena fikirkan semula tentang latihan yang dibuat. Kemungkinan juga sesi pemulihan selepas kepenatan tidak mencukupi atau salah. Sebenarnya selepas beraktiviti keras aku sepatutnya mengambil diet yang sesuai seperti meminum air bergaram dan memakan makanan bagi pemulihan protin. Aku rasa, aku telah melakukan kesilapan kerana terlalu lahap memakan durian (4 biji mungkin agak berlebihan). Durian ada gas yang mungkin memberi tekanan pada sistem saraf. Aku rasa berangin dan berat kepala selepas makan durian. Kentut pun tiada.

Hari ketiga nampaknya penyakitku ini beransur pulih, kalau tak Dr Mahalim cadangkan agar aku berjumpa pakar ENT di hospital. Bangun tidur agak takut-takut untuk bangkit tapi alhamdulillah tiada apa-apa. Aku dapat 3 hari MC, bolehlah relaks. Mungkin besuk baru mula bersenam seperti biasa dengan keamatan yang ringan.

5 comments:

said TRJ said...

Salam abang! Saya pernah mengalami sebanyak 2 kali,memang perit dinding tempat memaut,lantai tempat baring..tak tahan bini bawa kehospital dikenakan sejarum suntikan, Doktor suruh saya rehat selama sejam sambil memasukan air melalui tangan. Doktor kata imbangan cecair dalam telinga tidak setabil, pasai x tahu. Saya takut masa MTB penyakit 'HELI' datang x tau nak buat macam mana, bini pesan kalau kayuh biar senang kereta nak pi. KAYUH TETAP KAYUH.

abuomar said...

Walaikum mussalam,
Ini pun kali ke 2 saya dapati vertigo. Kali pertama 10 tahun lepas. Ada orang kata penyakit ini banyak terjadi kepada yang lebih 40tahun. Adik saya pula kata ia mudah terjadi kepada yang tekanan darah rendah. Saya sendiri telah disahkan pembawa talasemia minor -biasanya tekanan darah rendah, muka sedikit pucat. Penyakit talasemia ni banyak berlaku di Selatan Thai, kebetulan saya ialah keturunan Pattani.
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.
Saya rasa agak fobia dengan ketinggian. Satu ketika saya takut naik k/terbang. Mungkin selepas ni pun saya akan cuba mengelak untuk naik k/terbang. Telinga saya agak lambat untuk 'balance' dengan perubahan tekanan.

Beskal Chap Ayam said...

Assalamualaikum abuomar semoga cepat sembuh.

uncle.D [AHW] said...

Berat benar bunyinya keadaan demo tu G. Ada kemungkinan serangan makhluk halus ke?
Maksud saya makhluk halus yang nampak lah spt nyamok tirok dan seumpamanya.

WBP semoga tuan cepat sembuh spt biasa..

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Terima kasih atas doa Zul dan Uncle D serta rakan-rakan semua. Hari ke 4 sudah lebih yakin lagi. Malam tadi masa baring dah boleh pusing ke kanan. Pusing ke kiri masih berayun lagi. Kalau tak siksa juga kena tidur terlentang saja. Petang tadi dah masuk kolam renang, berenang kat tepi gaya kuak dada. Tak berani nak buat gaya bebas lagi.
Rasanya tak ada kaitan serangan makhluk halus, tak demam pun.