Ini sebagai latihan kami untuk tujuan kesihatan (mengurangkan lemak dan menurunkan tekanan darah) dan rancangan kami untuk KL towerthon sebulan lagi. Minggu depan insyaAllah ke Nuang pulak. Gunung Nuang, Angsi dan Datuk merupakan gunung-gunung kegemaran kerana ianya dekat dengan rumah dan boleh didaki dalam tempoh yang pendek (kurang 1/2 hari).
Omar mengambil gambar saya, isteri (Foziah) dan anak sulung Sakinah sebelum mendaki.
Ini pemandangan biasa di tempat perkelahan di negara kita. Hanya rajin membawa masuk tapi malas membawa keluar.
Antara cabaran Angsi, perlu bergayut pada tali untuk naik ke atas.
Omar menikmati roti sandwich di puncak Angsi (836m).
Pandangan dari puncak Angsi (arah Timur)Pandangan dari puncak Angsi (arah Barat)Berehat di puncak
Bergambar dengan tentera darat dari kem Port Dickson yang kebetulan membuat latihan di hutan Ulu Bendul. Mereka hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak dari Ulu Bendul, sedangkan kami 3.5jam.
Antara pokok-pokok menarik yang sempat dirakam dengan kamera digit menggunakan lensa nikkor 50mm, f/4, 1/125, ISO100.
Profail pendakian dan penurunan. Laluan berbeza untuk mendaki dan menurun. Mendaki dimulakan dari Ulu Bendul manakala menurun keluar di Bukit Putus.
Antara Nuang, Datuk dan Angsi semuanya berbeza dari segi profail, atmosfera, basah, kering, bau, dll. Begitulah hebatnya ciptaan Ilahi.
4 comments:
Salam En. Abu,
Jika tidak keberatan, boleh saya dapatkan raw gdb route gunung angsi sebagai rujukan saya.
tedbundyjr[at]gmaildotcom
Waalaikum mussalam,
Tak ada masaalah nanti saya e-mailkan. Sebenarnya laluan ini saya ambil dari MFMap (http://www.malfreemaps.com/). Saya 'redraw' jadikan 'track' dan pindahkan ke GPS.
terima kasih dan jasamu amat dikenang :)
Salam tedbundyir,
sama-sama. segala ilmu dan pengalaman eluk dikongsi bersama. semuga ada manfaatnya.
Post a Comment