Friday, August 22, 2008

Senaman Pra Ramadhan

Sabtu 23/8/08 - mendaki 1/3Nuang bersama keluarga (Pauzi, Foziah, Sakinah, Syazana, Omar, Salihah & Surayya) sambil makan-makan dan menikmati kelembapan/kesejukan hutan tropika. Jarak 5+km, ketinggian 500+m. Mula mendaki 0900 dalam hujan renyai dengan pacat menjalar mencari mangsa. Siapa yang tak bernasib terkenlah gigitan pacat. Inilah kebiasaan masuk hutan, pacat dan nyamuk ialah kawan rapat. Kami tiba di Kem Lolo jam 1100.
Pokok apa pula ni, buah di batang? Buahnya macam buah Ara. Kalau di Kelantan buah Ara dimasak bersama gulai kambing bagi menghilang bau hamis kambing. Kambing kampung biasanya kecil jadi untuk banyakkan gulai, biasanya buah Ara dilebihkan. Aku suka buah Ara ni, sikit dagng pun tak pa. Kali terakhir bapaku buat gulai kambing, buah Ara diimpot dari Gua Musang melalui abang yang tinggal di Ciku 3. Buah Ara ni pun semakin pupus dan susah nak cari, biasanya tumbuh di tepi sungai.
Cantik pokok yang melekat di pokok ini. Inagtkan bunga tapi rasanya ia adalah parasit.

Isteri dan anak-anak bergambar setiba di kem Lolo. Anak-anak semua dah baligh, entah bila mereka akan kahwin.
Lebih kurang 1 jam kami berehat makan roti sandwich dan mandi-manda di jeram, kem Lolo. Airnya sejuk dan menyegarkan, masih bersih. Jam 1215 bertolak pulang. Sempat membeli buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, keledek dan rambai di Pangsun dan batu 18.

Ahad 24/8/08 - berbasikal jalan bersama ibrahim, sham, faizul dan otai-otai Kajang (http://cyclingaddicts.blogspot.com/). Laluan: rumah-UNITEN-Kg. Dato Abu Bakar Baginda-Sg. Merab-Pinggiran Putrajaya-Dengkil-Jenderam Hilir-Sg. Buah-Teras Jernang-rumah= 55km.

Beberapa istilah zaman sekarang;
Otai = orang lama/tua yang masih aktif? Kadang-kadang kekuatan otai ni mengalahkan orang muda.
Budak banjir = budak perempuan yang menutup separuh aurat mereka, semuanya singkat- seluar, baju dan tudung.

4 comments:

Wan A. Hadi (one.D) said...

asm G,
Molek benar tu sesekali bawok keluarga bersama untuk menikmanti keindahan alam semulajadi.

Kalau bawak semua ahli keluaga bergatih semasa Critical Mass pun meriah juga...

abuomar said...

wsm D,
betul jugak tu sesekali kita kayuh suka-suka dan berkenalan. insyAllah lepas raya sy akan programkan.

Wan A. Hadi (one.D) said...

Semasa puasa nanti saya bercadang nak ber 'Critical Mass' ke masjid Jame' untuk bertarawikh. Jadi gatihan tetap diteruskan walaupun dlm bulan puasa.

abuomar said...

Rasanya kawe terawih kat madani, damai atau as-sobah jah atau bangi perdana.
Lepas terawih cadang nak tadarus anak beranak.
Gatih nampaknya kena buat ringan-ringan, petang2 sebelum berbuka, kira buat perlonggaran sendi jah.