Kebetulan tahun ini 31 Ogos bersamaan 29 Syaaban. Cuti 31 Ogos besuk dikira juga sebagai cuti menyambut kedatangan ramadhan. Tiada aktiviti kayuh hari ini, sepanjang pagi buat 5S, gotong royong anak beranak mengemas dan membersih rumah, buang barang-barang lama, bersih kolam ikan. Hanya semalam merupakan kayuhan terakhir sebelum ramadhan. Berkayuh basikal gunung menyusuri Sg. Langat, ke Teras Jernang, Sg. Merab, sehingga ke Kg Limau Manis. Sempat memasuki sedikit kebun getah. Hampir terperangkat di satu lembah yang tidak dikunjungi manusia. Ingatkan ada jalan keluar tapi jalan sudah tertutup terpaksa berpatah balik.
Kg Limau Manis mempunyai profail menarik untuk kayuhan.
Garis merah ialah laluan kayuhan semalam. Ada kebun getah yang sesuai untuk laluan basikal gunung. Dari puncak bukit ini, boleh nampak jalan ke Sg Merab. Aku ingin buat jalan pintas. Tapi terperangkap di lurah ini. Lurah yang ditimbun dengan pokok-pokok yang telah ditolak oleh jentolak. Aku menuruni cerun ini dengan memikul basikal dan menolak dengan meletak basikal atas timbunan pokok-pokok mati yang ditolak jentolak merata tanah. Setelah menuruni cerun aku cuba mencari laluan keluar tapi agak malang kerana jalan telah tertutup dengan pokok-pokok yang tebal. Terpaksa memanjat balik cerun yang ditimbun dengan pokok-pokok yang ditolak ke tebing. Separuh tenaga aku digunakan untuk ini. Letih dan dahaga tak terkira.
Tidak senang menarik basikal ke atas reba kayu mati ini. Satu pengalaman baru, jika jalan tak pasti jangan diharungi, fikirkan dengan tenaga dan bekalan makanan/air yang ada.
Setelah tiba di atas jumpa abang ni, bertanyakan dia jalan pintas yang lebih mudah. Beliau juga bagikan air kosong mengisi botol air aku yang dah habis. Jalan atas bukit ini juga boleh sampai ke Alamanda.
Jumaat malam lepas sempat menyaksikan persemabahn bunyi api di PICC. Tak pandai aku nak ambil gambar, berapa kelajuan yang sesuai. Kalau tak silap, ini aku set 1/6 saat.
Ini ialah daun Naga Buana, baik untuk merawat terseliuh atau patah tulang. Daun ini digunakan untuk membalut tempat tercedera bagi mengelakkan bengkak. Khamis lepas isteriku terseliuh buku lali ketika menuruni tangga, lalu aku bawanya berjumpa abang Taufik di Beranang (N2 52.176 E101 51.253) untuk berurut. Alhamdulillah selepas diurut dapatlah berjalan dengan lebih mudah dan sakit pun berkurang. Malam sebelum tidur, daun Naga Buana dilayukan dengan api dan dibalut pada buku lali yang terseliuh.
4 comments:
mak saya panggil daun tu daun Tembaga Suasa.. ada byk kat rumah mak kat kampung..
selamat hari raya, doc pauzi..
Terima kasih. Selamat menyambut hari raya, maaf zahir bathin juga. Lepas raya ni kayuh ke mana?
sekarang kena rest byk2 sbb sakit lutut. insya allah dlm sebulan dua, buleh la start balik.
buat sementara waktu, hanya buleh swim je.
eluk tu kena rehat dulu, banyakkan amik protein utk baiki lutut tu. kena develop strength secara sikit-sikit. sy pun dah lebih sebulan tak renang. pagi sabtu ni cadang nak renang kat presint 6.
Post a Comment