Isnin (20 J'awal)
R 50 : 5x200, 1x100 dan 1x50. Renang di komplek sukan air Putrajaya, Presint 6. Tak ramai orang. Bayaran cuma RM2 (kanak2 =RM1). Kolam dibuka setiap hari mengikut sesi berikut;
Sesi 1 - 0900~1100
Sesi 2 - 1300~1500
Sesi 3 - 1700~1900 Kecuali Jumaat & Sabtu 1600-1800
Sesi 4 - 2000~2200
L45 Lari sekitar rumah lepas Isyak. Seronok juga lari sebelah malam, tiada tekanan, tenang dan nyaman.
Selasa- REHAT. Bagaimanapun buat kayuhan ringan dari ofis ke rumah B(20)
Rabu
B 75. kayuh dari rumah ke ofis (25min). balik rumah (20min). kayuh pergi-balik ke rumah adik di sg ramal (30min)
Khamis
R 40 L 30
Hari ini aku ambil cuti, rasa nak rehatkan minda. Lagi pun minggu depan dah tak ada rehat selama 2 minggu kerana ikut kursus PTK.
Pagi-pagi aku ke Putrajaya, jalan-jalan makan angin bersama isteri dan anak. Mula-mula kami jalan-jalan kat Taman Wawasan dan menghala ke tepi tasik selama lebihkurang 1 jam 20 minit. Tamannya cantik dan dijaga rapi tapi rasanya jarang digunakan. Warga Putrajaya mungkin tak berminat untuk menerokainya.
Laluan jalan kaki kami.
Menara tepi tasik, ada catitan sejarah Malaysia sejak tahun 1400.
Kemudian kami beredar pula ke Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 untuk main perahu. Kami sewa perahu jenis Canadian dengan harga RM20 untuk tempoh sejam (RM10 untuk ahli dan RM20 bukan ahli). Perahu ini boleh dinaiki oleh 3 orang. Aku duduk di belakang mengawal arah, isteri di tengah, anak di depan mengayuh. Tapi laluan agak terhad, banyak kawasan larangan. Jadi kami berpusing-pusinglah mengikut had yang dibenarkan. Kalau boleh aku ingin mengelilingi seluruh pulau. Kalau begini baiklah aku berkayak kat PD atau Gold Coast, Bagan Lalang, lagi syok.
Kat kelab ini juga ada kolam renang, tetapi hanya terhad kepada ahli kelab sahaja. Masa aku kat situ tak ada sorang pun mandi di kolam. Kan rugi jika dihadkan begitu. Aku tak minat nak jadi ahli kelab sebab cara ku tidak suka menetap di sesuatu tempat.
Laluan perahu kami (garis merah)
Pandangan masjid Putrajaya dari tasik putrajaya.
Petang berenang (40 min - 1500m pada nafas 4 - gaya bebas, kuak dada dan kupu-kupu) di kolam UKM dan berlari (30 min sejauh 4+km dengan nafas 4-5) di trek UKM.
Jumaat
B 45 R 30 Kayuh pergi-balik ofis. Renang di kolam UKM.
Sabtu
L 80 Atas permintaan anak untuk melawat Tugu Peringatan Negara maka program hungga dilakukan di Kebun Bunga, Taman Perdana.
Laluan hungga di Kebun Bunga, KL
Kucing kesayangan anak kami. Tanda pengenalan & no. talifon diletak pada leher kucing supaya orang yang menjumpainya dapat menalifon kami. Setakat ini sudah 2 kali kucing ini menghilangkan diri. Dia cukup aktif, suka tangkap burung, tikus, cicak, lipas. Kat rumah kami dah tak ada tikus sejak kehadiran kucing ini. Sebenarnya 2 kucing ini ialah anak kepada seekor ibu yang lepak kat bangsal basikal aku tahun lepas. Aku bagi makan apa yang sisa dari kami. Ibu ini memang jenis kucing yang baik, tak berak merata, suka tangkap tupai dan tikus. Anak-anak aku suka, lalu dibelinya makanan kucing dan dibela. Kemudian dia bunting lalu melahirkan 5 anak. 2 saja yang hidup kerana dijangkiti virus, itupun setelah kami bawa ke klinik haiwan di UPM. Sekarang ibunya beranak lagi 5 ekor, semuanya sihat-sihat. Sekarang dah ada 8 ekor kucing kesemuanya. Entahlah besuk nanti macam mana nak balik kampung, satu masaalah pulak.
Tengahari gi kenduri Dr. Abdul Khalik Hj Wood. Sempat berbual ringkas dengan YB ahli parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli, tanya pasal program kuasa nuklear. Nampaknya program kuasa nuklear hampir menjadi.
Ahad
B (210). 0720 mula gatih dari rumah melalui Bukit Kajang, Bandar Teknologi, Semenyih, Tekala, Bt 18, Bt 14, Jalan Cheras, Sg. Chua dan rumah. Setiba di Tekala jumpa Joo Ngan (61 tahun) dan rakan-rakannya. Ikut mereka minum di Tekala, Andrew belanja. Lama dah tak gatih ngan sifu Joo Ngan, jadi amik peluang gatih bersamanya. Ramai orang putih ikut kayuh bersamanya; dari Jerman, Ireland dan Sweden. Dia ajar satu tip untuk kuat iaitu buat henjutan pada nafas maksimum. Aku buat 2 kali bersamanya tapi ternyata dia masih kuat, tak terkejar aku. Dia guna gear belakang 12 dan depan kecik. Nampak gatihannya perlahan tapi lancar. Katanya dada kena besar supaya cepat pulih pernafasan. Aku kena banyak berlatih untuk besarkan dada dan kuatkan teras, kena latih mendagu atau buat tekan tubi. Aku kayuh bersamanya dari Tekala hingga ke Bt 14 sahaja, kemudian berpisah. Lebihkurang 1130 tiba di rumah.
Jumlah R 120 B 350 L 155 = 10.42 (sasaran =7.08)
8 comments:
Selamat mendaki Gunung Angsi pada hujung minggu nanti. Pada masa tu saya mungkin sdg bergatih ditepian sungai kltn menghala KB.
Pergi sorang2 atau bersama keluarga?
p/s nampaknya rancangan kita untuk expedisi ke Gunung Stong terpaksa dibatalkan kerana Stong Resorts is fully booked semasa cuti sekolah ni....mungkin ada hikmah lah tu. Insyaallah.
Rasanya tak jadi mendaki Angsi. Isteri dan anak tak dapat ikut. Kena hantar anak tusyen. Untuk cuti panjang saya susah nak rancang. Anak2 semuanya tak dapat cuti sama. Walaupun sekarang musim cuti tapi ada yang kena gi tusyen ada yang kena gi kelas. Kawe ada anak 2 peringkat: Universiti dan sekolah menengah, cuti tak sama.
akum...
doc saya baru amik mtb hardtrail
so mayb pasne saya bley join doc kalu
der ride MTB,so kalu doc ader weken rider MTB jus drop sms or email jer saya..
anyway kalu doc nak g GNG angsi saya syorkan bln 7 sebab time tu ader sirkit anjuran kelab mendakin9,so doc bley jer suka2 masuk lam sirkit tu..
matta,
terima kasih. ahad ni sy boleh je. tapi nak ke mana ye. nak jauh atau dekat. yang mencabar sikit sg pening, semenyih. boleh mula di kajang perdana. tapi perlu air mencukupi (water bag) dan bekalan makanan, power bar atau kurma. masuk jam 0800 keluar jam 1200.
eluk juga ikut sirkit angsi. dulu sy pernah ikut sirkit nuang. ramai2 lagi syok.
alamk doc minggu ni saya g caving kat perak..insyalah minggu depan agaknya kita g,doc boler tingal no hp coz hp sy hilang bebaru ni...so no smua x dpt dselamatkan.
salam matta,
no. h/p saya ialah 013-3809631. 2-13 jun saya tak boleh ke mana-mana ada kursus PTK (penilaian tahap kecekepan) bagi pegawai kerajaan. masa ni sy dok kat hotel, rasanya hanya boleh berenang dan joging saja waktu tu. hari minggu tak pasti lagi.
hai dr,
nampaknya memang bersungguh exercise+masuk keluar hutan...etc
rasanya dr. mula dgn mtb dulu,pas tu road bike & sekarang ironman..?
looks like a natural progression...and probably adrenaline addiction :-)
redwine,
Memang sy mula main MTB, kemudian beralih kepada renang, seterusnya basikal 'racing' dan berlari. Sekarang main kesemuanya. Tapi rasanya tak sampai 'ironman', mungkin sehingga half-ironman. Nak kata dah ketagih tu ada jugaklah, tapi masih dapat dikawal lagi. Bagaimanapun sudah 6 bulan buang ketagih rokok. Rasanya lebih baik ketagih senaman dari ketagih rokok.
Post a Comment