Monday, May 19, 2008

Gunung Nuang

Isnin: L (60)
Aku mendaki Gunung Nuang bersama isteri dan anak (Omar). Hanya berjalan hingga ke pondok tepi jeram (ketinggian 475m) tak jauh dari kebun durian sebelah pondok orang asli. Mula mendaki jam 0815 dan kembali ke bawah jam 1200. Kami berjalan sekitar 3 jam. Sempat berbual dengan beberapa pendaki, orang Cina, orang Asli dan orang Melayu. Tak jumpa pula India mendaki, tapi ramai juga kaum India mandi di Sungai Pangsun. Semasa mendaki sempat berbual dengan Syazwan (dari seksyen 4 Bdr Baru Bangi) yang ingin turun. Beliau mula mendaki seorang diri sejak jam 0300 pagi. Berani sungguh dia berjalan dalam hutan seorang diri. Juga sempat berbual ngan orang Asli bermotor mencari hasil hutan. Bila ditanya nak ke mana katanya jalan-jalan, panas kat bawah sana.
Pondok pertama sebelum pendakian meredah lalu tunggal. Kami mendaki sampai sini saja.
Semasa menurun, jumpa pula dengan Lan (Bandar Seri Putera) sedang menolak basikal (jenis 'downhill hardtail'). Katanya beliau ambil masa 1/2 jam sahaja untuk turun dari Dataran Lolo dengan basikalnya. Lama juga berbual dengannya. Beliau menceritakan pengalaman beliau mendaki beberapa gunung. Antaranya beliau pernah mendaki gunung Ranjani di Bali (iaitu gunung tertinggi di Indonesia). Beliau pernah mendaki banjaran Titiwangsa selama 20 hari.
Aku tak berlari hari ini tapi telah berjalan lebih 3 jam. Penat juga, terus lepak je lepas makan. Aku anggarkan ia setara dengan 60 minit berlari, bagi menyenangkan aku masukkan dalam catatan log latihan mingguan. Nampaknya aktiviti mendaki ni aku kena buat secara berkala mungkin setiap 2 minggu atau sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ia tidak menguja jantung tapi baik untuk aktiviti keluarga dan menyejukkan jasmani dan jiwa.

Selasa: B(25) L (30) Berbasikal pergi ofis kemudian berlari sebelah petang bagi tujuan pemulihan penat mendaki semalam.

Rabu: Rehat

Khamis R (60) Renang di UKM. pemanasan 1X200m, utama: 1X1000, 2X500, penyejukan 2X100. Nafas 3-7, campuran pengambilan oksigen setiap 3, 4 dan 5 kayuhan - gaya bebas, kuak dada dan kupu-kupu.

Jumaat R (60) Renang di UKM buat 2300m dengan nafas 3-4 secara selanjar.

Sabtu L (40) lari sekitar rumah. B (100) berbasikal jalan bersama Omar ke Sg Merab, Seri Putra, Bangi, Teras Jernang sejauh 40km.

Petang kayuh makan angin sekitar seksyen 7 dan taman sri intan. Rupanya kat seksyen 7 ada taman untuk joging, tapi ianya terbiar sehingga penuh dengan lalang. Tempatnya eluk juga tepi sungai yang bercantum dengan sg langat. Kat seksyen 7 juga ada kedai basikal yang baru dibuka namanya Bike Xtrem (N2 58.412 E101 46.283) dimiliki oleh seorang wanita. Kedai ini menjual produk Italy berjenama Bianchi, Ducati dan Fox. Aku masih belum mampu memiliki basikal jenama Eropah, agak mahal buatku. Teringin juga nak merasa, tapi setakat ini hanya mampu basikal Taiwan saja.


Ahad B (120) Kayuh basikal gunung bersama Pak cik D dan Omar di Taman Teknologi Kajang. Mula kayuh jam 0640 dan tamat 0940 termasuk berhenti minum di Taman Universiti. Terima kasih Pak cik D belanja minum. Sila lihat juga blog pak cik D http://ahwbiking.blogspot.com/
Tengahari kenduri kahwin di Jalan 3/4B. Sedap juga lauk kenduri hari ini, kegemaranku gulai kambing. Lepas tu tuan rumah kasi 2 bungkus untuk bawa balik. Terima kasih, semuga mereka diberkati Allah, Aamiiin.


Jumlah R (120) B (265) L (130) = 8.58 (sasaran 7.08)

2 comments:

AHW said...

Comfirm. Kita gi bergatih pada masa dan tempat yg telah dipersetujui. Kita pelawa anak2 ikut serta...

Sheikh al-Ameen tak pasti ikut sama. Katanya dia nak bergatih kelain...

abuomar said...

ok. anak sy Omar pun ikut sama. sebenarnya dr kadir pun ada basikal. dulu kawe pernah kayuh ngan anak dia ke ladang kelapa sawit UKM. nanti kalu jumpa boleh ajak dia sama.