Monday, May 12, 2008

Hari Keluarga Agrotek n Biosains

Isnin - B (20) gatih balik rumah R (30)petang di UNITEN
Selasa - B (50) gatih basikal gunung sekitar rumah-teras jernang-sg merab dengan menyusuri Sg. Langat.
Rabu - B (65) kayuh gi-kelik ofis L (40) petang hungga
Khamis - Rehat
Jumaat 10 J'awal R (50) petang di UNITEN
Sabtu B (30) L (40) pagi hungga sekitar rumah dan gatih sekitar Tasik Cempaka dan Desa Surada. Jam 1100 bertolak ke Pengkalan Balak, Melaka untuk hari Keluarga. Kami menginap di Kemunting Beach Resort (N2 18.853 E102 04.447). Petang berenang di pantai R (40).
Seronok baring dalam air sambil merenung kapal terbang di langit
Program Hari Keluarga dimulakan dengan solat maghrib, tahlil dan solat isyak berjemaah. Kemudian makan malam sambil berkaraoke dan cabutan bertuah. Semua aktiviti bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara ahli AnB dan keluarga.

Ahad L (60) :
Program keluarga diteruskan dengan solat suboh dan tazkirah berjamaah, kemudian joging/jalan tepi pantai. Selepas sarapan, sukaneka untuk semua golongan merupakan kemuncak aktiviti.
Aktiviti kanak-kanak
Remaja lumba lari dalam guni.
Bapa main boling kelapa muda
Ibu baling gelang rotan
Aktiviti hari keluarga diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Semua dapat hadiah.
Terima kasih kepada jurukamera rasmi (sukarela) hari Keluarga iaitu Omar.

Sebelum pulang kami sempat menyewa kayak dengan bayaran RM15 sejam sahaja. Puas berkayak hinggakan ada yang hampir termuntah dialun oleh ombak.
Jumlah R (120) B (165) L (140) = 7.08 jam

2 comments:

AHW said...

G,
Aktiviti kanak? nampaknya dah besar benar tu, bukan kanak2 lagi. Mungkin dah masuk kategori remaja tu..

abuomar said...

D,
D tak perasan ada gambar kat atas tu kanak2 sedang tarik bola guna gelang rotan. Anak saya semua dah baligh. Hari keluarga ni ada baiknya juga-dapat iratkan silaturrahim. Masa kawe berlari kat Bangi perdana semalam (26/7/08)kawe nampak ada kain rentang hari keluarga kampung mereka. Kalau ikut gaya orang dulu-dulu, mrk berkenalan melalui gotong royong, main wau, korban, akikah. Mungkin semasa aktiviti hari kelaurga buatkan juga program gotong royong bersihkan taman - tanamkan kesedaran tidak buat sampah mereta-rata.