Monday, June 2, 2008

PTK6-minggu 1

Isnin
1200 terima ''Maxx spinning bike". Dibeli khusus untuk isteri dan anak perempuan buat latihan basikal statik atau bila rasa malas nak kayuh keluar.
1430 daftar masuk hotel Pan Pacific, KLIA untuk mengikuti kursus PTK selama 2 minggu. Sedang fikirkan macam mana nak sesuaikan latihan dengan program kursus ini. Adakah aku perlu bawa basikal? Rasanya tidak perlu, cukup berkayuh dalam gim.
B30R30: Kayuh kat dalam gim atas 'trainer'. Berenang di kolam Pan Pacific, kolam kecik sahaja-buat 'interval'
Selasa
L30 lari atas treadmill

Rabu
L45 lari di luar sekitar Menara Kawalan DCA.
B35 kayuh atas 'trainer'

Khamis
L60 petang lari sekitar hotel Pan Pacific.
Aku terkesan dengan ceramah oleh Hj Mustafar Hj Ali dari Institut Integriti Malaysia yang bertajuk pengurusan integriti. Menarik topik ini kerana ramai rakyat kita yang mempunyai masaalah integriti, baik pemimpin atau orang awam.

Jumaat
R 30 pagi renang kat kolam hotel - guna kuak dada, gaya bebas dan kupu-kupu.
Ceramah oleh Dr. Ong Gua Pak bertajuk Menerajui Perubahan juga cukup mudah difahami dan menarik. Beliau berasal dari Pasir Mas dan cukup fasih dengan loghat Kelantan, tak nampak macam seorang Cina.

Sabtu
R 35 - Renang kat kolam hotel - guna kuak dada, gaya bebas dan kupu-kupu

Ahad
L30 B (35) R(20) - Pagi lari atas treadmill 30 min, kayuh atas 'trainer' 20 min pagi 15 min ptg, kemudian mendayung perahu dan senaman tangan dalam gim 20min (setara dengan renang).

Jumlah R115 B100 L165=6.33 (sasaran 9.00)

8 comments:

Wan A. Hadi (one.D) said...

Asm dan Selamat berkursus,

Tak bawok beskal sama gi PTK-6 ke G?

Lepas PTK kita gi bergatik ke Morib camner. Kalau confirm saya nak buat booking tempat penginapan dengan BPH. Bungalow 3 bilik cuma ney puloh riyal sajo sari sema-ler.

http://peranginan.bph.jpm.my/public_resthouse_details.aspx?id=2&bph_secure_hash=B078017CB4091EC81D19EF78B0F4FB10

abuomar said...

waalaikum mussalam,
boleh, bila demo nak gi? kalu balik hari pun tak apa. morib dekat je. sebab 14/6 dan 21/6 ada bekwah. atau kawe gi ikut demo lepas tu kawe balik sendiri demo balik ngan anak demo, boleh ke?

Wan A. Hadi (one.D) said...

Kawe dan anak takdak masaalah bergatih jauh, cuma allergik dgn matahari sahaja. Takleh bergatih diantaro 1100hrs hingga 1700hrs... jadi kita kena cari juga tempat menginap, nak balik ari pong bulih.

Rasonyo kita keno book juga bungalow tu untuk keselesaan rihat, riadaoh dan ibadat... lagu mano tu? Rege pong muroh.

Kawe tidok ado masaalah pada 22/6 atau 29/6 ... demo buat pilihan... ok?

abuomar said...

salam,
ok lah kita kayuh sama 22/6/08. morib lebihkurang 40km. kalau kita start 7 pg, kul 9 atau 10 boleh sampai. demo stay kawe baliklah lepas tu.

Wan A. Hadi (one.D) said...

OK, confirm kita bergatih ke Morib pada 22 Jun. Kawe raso kita bertolak serupo biaso, sekitar 6:30pagi. Tak perlu bermalam disitu. [Kalu nak bermalam kita kena gi ari Sa'tu 21hb lagi] Kita cari ssjid jah, lepas tu kito ggatih keliq sama2 la...

abuomar said...

ok lah kalau gitu, sebenarnya bukan kawe tak nak bermalam tu. masa agak terhad kali ini, sibuk ngan bekwah dan macam2. kawe sepatutnya kena gi Sabah bulan jun ni, tapi nampaknya kena tunda awal julai. harap2 orang tak marah.
kawe cadang demo pakai sunglass bagi mengurangkan stress yg disebabkan oleh UV.

JONdisen said...

salam,training memang penting,skrg ni kebanyakkan rider gilakan model basikal,walaupun tak rosak kejap-kejap tukar basikal dan s.part,padahal kayuhan tak sebeberapa pun,dah jadi trend,sian!
http://johanzaki.blogspot.com

abuomar said...

salam,
betul tu. tujuan berbasikal utk sihatkan badan. kalau asyik nak tukar basikal dan seronok dengan model baru, maka rugilah mereka. duit habis, perut terus buncit.