Monday, June 23, 2008

Tenaga Nuklear

Isnin L45 - Joging sebelah petang sekitar rumah dengan nadi 30%, perlahan buat pemulihan setelah penat kayuh semalam.

Selasa R45- petang masih sempat berenang di UKM 1x200, 1x1500 selepas bersama isteri ke pasar.
Hari ini aku mengikuti seminar yang bertajuk "Renewed Interest in Nuclear Energy" yang diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Agensi Nuklear Malaysia (pejabat aku). Seminar ini membincangkan isu semasa iaitu masaalah tenaga dan makanan. Antara tokoh dan cendikiawan utama ialah Prof. Dato' Dr Noramly Muslim, Dr Anuar Abdul Rahman (Pusat Tenaga Malaysia), Dr. Rozali (ISIS), Raja Dato' Abdul Aziz (LPTA), Ir Daud (NIOSH), Mohd Peter Davis (UPM) serta saintis-saintis Agensi Nuklear Malaysia spt Dr. Nahrul dan Jamal Khaer.
Yang menarik ialah pembentangan Mohd Peter. Beliau ialah saintis pertanian tetapi menyokong penggunaan tenaga nuklear. Beliau mengatakan golongan anti nuklear ini menentang penggunaan bahan api fosil (minyak, arang batu & gas), hidro dan nuklear. Hakikatnya 95% tenaga dunia ialah dari bahan sumber ini. Dunia sudah kehabisan bahan fosil dan kekurangan tanah untuk hidro maka pilihan kita ialah nuklear. Tenaga suria sekadar mampu untuk lampu jalan untuk 12 jam sehari. Jika pun boleh ia memerlukan kawasan yang luas. Tenaga biobahan api seperti disel kelapa sawit akan menggugat keperluan makanan (minyak masak). Tenaga angin tidak sesuai di Malaysia kerana purata kelajuan angin hanya 2km/jam. Bekalan akan terhenti bila tiada angin dan memerlukan 'backup supply'.
Tenaga tahun 2020 ialah nuklear dan kita kena beralih mengikut trend ini. Banyak pembaharuan telah dibuat dalam tenaga nuklear termasuk teknologi hidrogen. Ia selamat dan mesra alam (tiada pembebasan gas CO2) dan sisa boleh dikitar semula atau dikembali kepada keadaan semulajadi. Dari tanah kita ambil kepada tanah kita kembalikannya. Untuk maklumat lanjut kita boleh buat pencarian di internet. Maklumat nuklear boleh dicapai di IAEA secara percuma.

Cuba bayangkan berapa banyak bahan fosil dapat diselamatkan jika semua ke ofis dengan basikal. Kita begitu boros membakar bahan fosil, ada setengah tu tunggu anak balik sekolah pun dok dalam kereta dengan enjin dihidupkan. Ramai yang tidak menghayati betapa pencemaran yang mereka lakukan.

Rabu B45L30 - Gatih gi-kelik ofis. Petang lari sekitar rumah. Rasa semput berlari hari ni sebab makan durian sebelum berlari. Sekarang musim durian, kira murah juga selonggok RM10. Kalau durian aku suka yang kecik-kecik. Ia murah dan sedap dimakan. Yang besar walaupun mahal tapi biasanya masak tak sekata.

Khamis (21 J'akhir) - Rehat sepenuhnya. Mesyuarat JK pemandu untuk Persidangan NDT 2009. MSNT dengan kerjasama Petronas dan Ascope merancang untuk mengadakan persidangan Ujian Tidak Merosakkan (UTMr) pada Julai 2009. Mesyuarat kali ini kena cakap orang putih sebab En Allen dari Ascope tak faham Bahasa Malaysia.

Jumaat L60R45
Tarikh akhir menghantar tugasan PTK6. Petang berlari (nadi 50%) dari rumah ke kedai Kajang Bike, Sg Ramal Luar. Ambik motosikal selepas hantar servis. Bermotor dengan Omar melalui Sg Merab ke Presint 6 untuk bereney (nadi 50% -1x100, 3x500, 1x100). Minyak mahal ni nampaknya kena pakai motosikal atau basikal. Ramai juga orang bereney malam ni. Kolam bersih dan bayaran cuma RM2 saja. Sesi malam 8-10.

Sabtu L40B60R30 - Lari sekitar surau Madani sambil mendengar kuliah subuh. Kuliah tentang tafsir surah Luqman . Ustaz menerangkan tentang nasihat Luqman kepada anak-anaknya agar mendirikan solat, membuat amal makruf dan menentang kemungkaran. Lalu aku teringat adakah anak-anak ku sudah bangun solat subuh. Aku teringat sejak anak-anak sudah baligh aku kurang mengambil kisah tentang peringatan ini. Bagaimanapun isteriku biasanya yang mengejutkan. Anak-anak muda agak liat bangun pagi sebab biasanya mereka tidur lewat malam samada asyik menonton TV atau melayari internet. Jika dihayati nampaknya peringatan berterusan tentang solat ni hendaklah sentiasa dilakukan. Aku masih mampu menasihati tentang berbuat baik tetapi aku agak segan dan terkelu untuk menegur bila melihat unsur-unsur kemaksiatan.

Seterusnya berbasikal sekitar Jenderma Hilir/ Sg Merab dan berenang bersama Omar di Presint 6. Renang buat 1x500, 1x50 (buat sprint lumba ngan Omar, masa terbaik 52 saat, Omar 48saat) dan 1x450.

Ahad B200 - 0640 mula bergatih dengan pak cik D. Laluan ialah Bangi-Bukit Kajang-Bdr Teknologi Kajang-Semenyih-Sg Tekala-Empangan Semenyih-Bt14-Bt10-Jln Cheras-Kajang-Bangi. Jarak 67km dengan tempoh 3jam 20min. Laluan kali ini lebih dekat dari minggu lepas tapi ada beberapa bukit perlu didaki terutama bukit antara Empangan Semenyih dan Bt 14. Pendakian yang agak curam ialah 5km.



Jumlah R120B305L175=10.00(sasaran 8.58)

5 comments:

A. H. WAN [uncle.D] said...

G,
Kito guno tenago ggatih jah... toksoh dok pikir berat2 la pasal bendo uNclear tu..., doh 30taun do kkecek halatuju mugo samo...
Baik kita halatuju ke Tekala dan Ampangan Semenyih lak ujung minggu ni..., kita tengok air kat sana...samada "clear" ko.. "uNclear" lepas tu kita buat rumusan ttg kualiti air yg kita minum.

abuomar said...

Bukan apa D kira nak latih minda. Saya suka bincang tentang tenaga ni, sebab banyak tenaga kita tak dipakai. Contohnya setiap orang mampu menghasilkan kuasa 100 Watt tapi tak ramai menggunakannya sehingga tenaga lebihan ini membunuh diri sendiri melalui kencing manis, jantung, gout dan darah tinggi. Sebenarnya ini bukan penyakit tapi ia hasil gaya hidup yang tak sihat.

A. H. WAN [uncle.D] said...

ya..ya benar,
tenaga keluar kencingmanis lebih dari 100watt tu... he hee, gurau2 saja.

pokcik a.k.a zouls said...

salam tuan umah...
saya nie new comer blog demo...

pasal gateh beskal ke tempat tu ambo sokong tapi satu ajer yang menghalang kita yaitu faktor cuaca.
Kat Malaysia nie cuaca panas seh...nak sampai pejabat berpeluh dibuatnya...kalau cuaca macam kat tanah tinggi CH dan GH tu kira orait gak...

pendapat demo pulok lagu mano?

Nie website kelab basikal gunong ambo-->http://kmh.mizuonline.com

abuomar said...

salam selamat datang pokcik zouls,
terima kasih kerana sudi melawat.
psal berkayuh ni kalau dah biasa tak ada masaalah cuaca panas ko sejuk ke? awal dulu masa gi ofis mmg berpeluh pelai taju menajo kawe dibuatnya. tapi la ni tak lagi, peluh juga tapi sikit jah. sampai ofis lap sikit sebanyak lepas tu sisir rambut comel2, pakai tai masuk mesyuarat pun boleh.