Isnin 28 R'akhir
Hari ini terasa sedikit selsema, mungkin terlebih latihan semalam/minggu lepas. Lagi pun semalam kepanasan agak melampau. Harap-harap ianya tidak berlarutan. Dah mimpi2 nak masuk A Famosa triathlon.
R (30) Renang pemulihan di UNITEN (1x500, 3X100, 1X200).
Selasa 29 R'akhir
B (45) Kayuh ke pejabat pergi-balik
L (20) Petang, berjalan dan berlari sekitar rumah (selsema masih belum hilang)
Rabu 1 J'awal - Rehat
B (20) kayuhan ringan untuk biasakan dengan pedal baru dan tayar baru (selsema masih belum hilang).
Khamis 2 J'awal
Alhamdulillah hari ini selsema dah hilang, tapi bangun pagi masih terasa lenguh dan sengal badan. Harap dapat pulih sepenuhnya, kalau tak melepaslah A Famosa tahun ni.
L (60) Petang, lari sekitar rumah
Jumaat 3 J'awal
B (25) Kayuh ke pejabat (pergi)
R (30) Renang kat UNITEN (petang)
Sabtu 4 J'awal
B (30) Pagi buat perlonggaran sendi2 dengan berjalan bersama isteri dan anak sekitar rumah.
1130 bertolak ke A Famosa. Kesesakan trafik yang teruk sebelum simpang Seremban disebabkan lori membawa besi terbalik. Biasalah sikap rakyat Malaysia, bila sesak, masing-masing berasak-asak ingin ke depan dan menggunakan lorong kecemasan tanpa segan silu. Tak tahan bersesak, kami singgah makan dan solat di Hentian Rehat Seremban.
1500 Daftar triathlon dengan bayaran RM60 (jarak olimpik). Dapat baju-T, powerbar, kupon makan malam dan no. perlumbaan.Peta A Famosa. Acara renang dilakukan di tasik buatan manusia A Famosa. Basikal mengelilingi kampung berdekatan dan berlari sekitar A Famosa.
1530 Daftar masuk hotel Tampin dengan bayaran RM45
1800 Membiasakan dengan air tasik tempat triathlon bermula. Air sedikit berbau.
Ahad 11 Mei - Triathlon bermula R=1.5km, B=40km, L=10km.
0515 bangun, buang air dan mandi.
0545 solat subuh
0630 keluar hotel
0710 tulis no. 407 kat badan.
Kat belakang tu antara orang kuat kategori 50+. Tak ramai kategori ini cuma 13 orang saja. Tapi tak senang nak dapat no. 1-3. Aku tak pasti siapa yang menang kategori ni, tapi aku rasa mat salleh belakang tu, jepun mr. sam dan seorang cina.
0807 Renang bermula. Agak sesak dan banyak perlanggaran, perlu tenangkan. Perlu buat 2 pusingan. Pusingan pertama ialah pusingan penyesuaian. Pusingan ke 2 baru boleh memecut dan kawal rentak.
Memang mencabar berenang dalam kelompok yang ramai beginiYang dah mengaku kalah atau kejang otot diselamatkan oleh penyelamat.
0841 Naik ke darat. Mat Salleh dan Cina Singapura ni yang pertama siap berenang (20 min saja). Aku tak teringgal jauh sangat masa renang.
0848 mula gatih-agak lama masa transisi (7 min) kerana kesukaran memakai baju yang ketat dengan badan yang basah dan pin no. tertanggal. Akan datang kena ubah strategi. Sudah mula dipotong orang. Satu veteran sudah memotong.
1010 Tamat basikal
1011 Mula hungga. Aku agak lemah dalam hungga, ramai yang memotong aku. Satu lagi veteran memotong aku. Aku jangka kedudukan dalam kategori 50+ ialah no. 6 atau 7.
1113 Tamat hungga/triathlon
R (34) 1.5km = 2.6km/j, B (82) 40km = 29km/j, L (62) 10km = 9.6km/j. Jumlah masa keseluruhan yang aku ambil ialah 3 jam 6 min tanpa apa-apa kecederaan kecuali terasa sedikit ketegangan pada otot betis.
Terima kasih Omar kerana telah berkorban untuk mengambil gambar abahnya, nanti kat Desaru abah amik gambar Omar pulak.
Jumlah latihan minggu ini ialah R (94) B (172) L (182) = 7.47 (7.08).
Rumusan
Terdapat peningkatan stamina diriku setelah menjalani 17 minggu latihan 'half ironman', walaupun aku tidak mengikut sepenuhnya saranan yang diberikan, cuma aku kekalkan jumlah jam latihan dalam seminggu. Aku masih ingat semasa membuat raptai untuk triathlon PD 2 tahun lepas, aku ambil masa 4 jam untuk tamatkan jarak olimpik dan di hujung penamat aku dapati sedikit kepedihan pada dada - tanda ada sedikit 'clog' pada saluran darah jantung. Tapi alhmdulillah, tiada lagi kesakitan sedemikian. Aku akan cuba kekalkan senaman begini (renang, basikal dan berlari) secara berkala, mungkin dengan sedikit pengurangan keamatan tapi sekurang-kurangnya 5-7 jam seminggu. InsyaAllah kalau ada rezeki nak masuk lagi triathlon Kenyir dan Desaru. Kat PD tu kalau ada raptai (percuma) aku akan ikut sama.
Berikut kedudukan 10 teratas keseluruhan
Kedudukan keseluruhan aku ialah no. 142 daripada 208 penyertaaan (tidak termasuk 'relay'). Kedudukan renang ialah 86, basikal 130 dan lari 162. Memang aku sangat perlahan dalam acara lari.

Berikut ialah keputusan resmi perlumbaan seperti yang disiarkan pada 21/5/08 di laman http://www.triathlonmalaysia.com/
Berikut kedudukan 10 teratas keseluruhan
Kedudukan keseluruhan aku ialah no. 142 daripada 208 penyertaaan (tidak termasuk 'relay'). Kedudukan renang ialah 86, basikal 130 dan lari 162. Memang aku sangat perlahan dalam acara lari.
9 comments:
Syabas dan Tahniah G!!
Demo masih hebat hungga, bergatih dan bereney...
Terima kasih uncle D, memang seronok sukan 3 acara ni. Demo boleh cuba berlatih, bagi 6 bulan, nanti demo pun boleh buat. Mulakan yang sprint dulu (500m reney, 20km gatih dan 3km hungga). Tapi TRI ni tak ramai kawan. Masa makan malam (carbo loading) kawe makan berseorangan je, tak ada yang aku kenal.
syabas Doc...
terima kasih faizal. tak minat nak cuba triathlon pulak ke? tapi kena belajar renang dululah. kat tempat aku ni tak ada kawan triathlon. tapi dah ada sorang yg minat. dia boleh renang dan lari. cuma skrg sedang mencari baskal murah.
mmg minat ler doc tp tu ler..
part renang tu yg fail,tp kalu doc nak jd teacher heheh bley gak nak masuk...
saya ni tak pandai mengajar. kalau langsung tak tahu berenang sy tak tau nak ngajar. tapi kalau dah boleh renang kampong tu insyaAllah boleh. sy ada video renang kalau nak sy boleh bagi. prinsip renang gaya bebas ni-guna tangan, kaki tak pakai sangat. kalau kuak dada tu, kaki dan tangan jangan gerak serentak, tapi gerak satu persatu. kena kerap masuk kolam sekurang2nya 3 kali seminggu.
Hi,if u interest to view more photos,more than 1500 pics...
pls join multiply then invite me as pmtey to be your friend and mention who u r in the message box.
my site:
http://pmtey.multiply.com
Only who r in my contact list will able to view my site,so,pls invite me ya...tks..
salam dr abuomar, sy berminat dgn video renang tu
Hanif,
Video boleh download kat Youtube. Search for swimming.
Post a Comment