Saturday, April 19, 2008

Bali

Basikal digunakan untuk mengutip sampah di Bali.

21-27 April
21/4 Isnin R (45). Renang di kolam hotel Mawar Putih, Legian, Bali. Hotel ini hanya 100m dari tempat letupan bom terbesar di Bali tahun 2002. Boleh masuk kolam se awal 0630 pagi sehinggalah malam jam 2300. Sebelum sarapan aku dah masuk kolam. Waktu tu pekerja hotel masih dok bersihkan kolam. Sebenarnya aku ke Bali untuk mengikuti Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti yang berkaitan ISO 17024 (akreditasi badan persijilan) dan ISO9712 (latihan dan persijilan Ujian Tanpa Musnah, NDT) yang di biayai oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) bagi mengharmoni program latihan dan persijilan personel NDT negara-negara anggota yang terdiri dari Australia, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Korea, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Singapura dan China. Australia (Aus Institute of NDT) merupakan negara pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan ISO 17024.
Sebahagian peserta bengkel ISO 17024.
22/4 Selasa
545-715 berjalan ke pantai dengan Isaac, 60 (Canada), David, 68 (Australia), Rena (Indon), Nitis (Indon) dan Romales (Msia).
725-740 renang di kolam.
1730-1830 L [60] lari di pantai
1900-1930 R di kolam
23/4 Rabu
610-700; L [50 min]
710-730; R [20 min]
Persembahan kebudayaan di Ubud.

24/4 Khamis
610-710 L 60
722-752 R 30
Petang, kami dibawa melawat ke Uluwatu untuk melihat matahari jatuh. Cantik tempat ini. Banyak kera di sini. Kaca mata aku hampir disambarnya.

Malam kami dibawa makan malam di Jimbarang, makan makanan laut.
25/4 Jumaat
630-730 R 60 di kolam.

Petang bersiar ke pantai Kuta sambil mengambil gambar.

Pandangan menarik waktu senja di pantai Kuta.Entah apa yang dijunjung oleh mak cik ni, mungkin ubat urut atau alat membuat tatoo. Banyak aktiviti di pantai ini, ada yang joging, memancing, berurut, bertatoo, bermain papan luncur, dll.

26/4 Sabtu

Lari ke pantai L (15) dan renang R (15) di laut bersama peluncur.
David Barnett ni guru kami bagi bengkel di atas. Beliau ialah Presiden, Institut NDT Australia dan pengerusi Lembaga Akreditasi. Walaupun sudah berumur 68 tahun, tapi masih cergas dan mampu memberi kuliah sehari suntuk. Setiap pagi beliau akan berjalan di pantai Kuta selama lebih 1 jam. Beliau mula bersenam seawal 5:30 pagi. Pernah 6 kali masuk marathon, tapi kecederaan lututnya tidak membolehkan beliau berlari lagi.
Setiap pagi ramai yang berjalan atau joging di pantai Kuta. Ramai orang putih terutama Australia yang melancung di sini.
Tengahari betolak pulang ke rumah. Seronok juga di Bali. Memang Bali tempat rehat. BALI=Banyak Libur.

27/4 Ahad B (120)

Kayuh bersama Zamani dan Abg Razak (Bukit Unggul, Teras Jernang, Sg. Merab, Kg Datuk Abu Bakar Baginda, Putrajaya, Dengkil, Bkt Unggul) walapun tak lama tapi cukup memenatkan.

Jumlah R (170) B (120) L (245) = 8.92 (sasaran 8.25)

2 comments:

Unknown said...

bali...mmmm very nice trip kan kalu g tiga hari je tak cukup

abuomar said...

Betul, Bali memang menarik. Barang, makanan dan hotel murah. Saya beli batik dengan rege 99,000 rupiah (RM35) tapi kualitinya setanding atau lebih baik dari batik kita yg berharga RM200. Sy tinggal di Mawar Putih dengan rege USD44 (3 bintang++). Sy tak sempat ke pulau2 kecil sekitarnya. Rumah urut pun banyak, sy tak sempat merasa tapi khabarnya sampai terlena diurutnya kita. Sekali urut hanya 85,000 rupiah.