Isnin - Renang 90min
pemanasan: 4x200 selang seli kuak dada/gaya bebas nafas biasa/lama
2600m tangga: 500, 450, 400, 350, 300, 250, 150 dan 200
Jumlah renangan ialah 3400m dalam masa 90min. Tersilap kira untuk renang bertangga, sepatutnya semuanya ialah 2900m sahaja untuk tempoh 75min. Padan pun terasa lenguh semacam tangan mengayuh. Kira seronok juga berenang kat UNITEN, hari ini tak ramai orang.
Perangai pak Arab yang aku tak suka. Mereka senang2 je ubah beg pakaian yang aku letak kat atas kerusi ke bawah dan letak pakaian mereka atas kerusi. Lepas tu pijak2 je kasut aku dengan selipar basah mereka. Kasar dan tak beradab langsung.
Selasa: R (30min), B (45min), L (30min)
Berbasikal ke pejabat (25min), balik pejabat (20min), lari sekitar rumah (30min) dan berenang di Danau, UKM (30min). Air kolam agak sejuk dan segar selepas disirami hujan semalam. Aku terasa agak keletihan hari ini. Lepas maghrib terlena tak larat nak angkat muka, kul 12 mlm baru bangun solat isyak.
Rabu: L (45min)
Lari sekitar rumah lepas balik pejabat.

Litar 2 - 30 min (4.1km)
Litar 3 - 45 min (5.7km)
Litar 4 - 60 min (7.8km)
Khamis: Rehat
Jumaat: R (60min) kat UNITEN
pemanasan: 5x100 (akhir 25 kuak lentang)
utama: 3x700 (Nafas 3, 2, 5)
penyejukan: 150 mudah
Untuk tempoh 60 min hanya sempat 5x100 (pemanasan), 700 (nafas 2) dan 500 (nafas 3) dan 200 (penyejukan). Kuak lentang masih tak menjadi, asyik tersasar haluan. Mungkin satu hari aku akan buat kat kolam ketika tiada orang, biasanya kalau di UKM kul 11 pagi tak ada orang.
Sabtu: L (90min), B (30min) sekitar rumah
Pagi ni hujan lebat. Fikir punya fikir aku buat pemanasan menggunakan dengan berjalan atas treadmill selama 30 min. Treadmill aku jenis lama, manual tak bermotor macam kebanyakan model baru sekarang. Walaupun berjalan ia semacam mendaki bukit. Lepas tu dalam keadaan hujan lebat aku berlari di luar melalui litar selama 60 min. Seperti sebelum ini berlari dalam hujan memang seronok cuma kasut dan pakaian yang basah. Lepas tu terus sambung dengan bergateh basikal gunung selama 60 min, lebih 1/2 jam dari sasaran. Eluk je aku tamat kayuh basikal hujan pun berhenti.
Petang buat tambahan lagi dengan berenang di UNITEN selama 30 min. Sempat lumba kuak dada dengan Omar untuk 300m. Letih juga hari ini.
Ahad: L (25min) B(2jam) L(25min)
Pagi - berjalan selama 15 (pemanasan) kemudian berlari selama 25 min diikuti dengan basikal jalan selama 1 jam dan lari semula selama 25 min.
Petang - masuk lumba kategori terbuka di Sepang International Circuit (Kencana Criterium Race). Cadang nak masuk kategori veteran tapi masa sampai mereka dah mula berlumba, mereka ubah jadual di saat akhir. Jadi aku hanya dapat masuk yang terbuka (12 lap). Satu lap=5.54km. Aku hanya sempat buat 3 lap (30min) sebab sudah dipotong pelaton pertama. Untuk 30min mereka dah meninggalkan daku lebih 5km. Yang masuk lumba ni termasuk pelumba LTdL seperti Anuar Manan, Falani, dll. Laju sungguh mereka memecut mungkin lebih 40km/j.

Anuar Manan sedang beraksi
Untuk minggu ini latihan yang aku buat ialah 10.33 jam (sasaran 9.58 jam). Renang 210 min, basikal 195 min dan lari 215 min. Hari Ahad terasa sakit juga otot betis mungkin sebab banyak berlari.