Tuesday, May 15, 2007

Tempat pelupusan sampah di kem Lolo

Mengutip sampah di persekitaran gunung Nuang. Kalau masing-masing bawa pulang sisa sendiri alangkah baiknya.
Beginilah sampah yang terkumpul dan dibakar di Kem Lolo. Hairan, pengunjung boleh membawa naik segala barang makanan dan alatan masak semasa pendakian tapi menjadi cukup berat semasa turun untuk membawa pulang sisa masing-masing. Sisa najis atau air kencing tak apalah kita tinggalkan kat hutan sebab ianya menjadi makanan makhluk lain. Tapi plastik, tin, botol tak ada makhluk yang berminat. Kalau beginilah keadaannya nampaknya generasi akan datang akan berkelah dalam sampah sendiri.


2 comments:

Unknown said...

teringat zaman 2001 ketika saya tido di puncak gng dato,keadaan sampah cukup terkawal sebab disediakan lobang besar utk membuang sampah.

abuomar said...

Tak sepatutnya ada tempat buang sampah di hutan simpan atau mana2 kecuali tempat yang di istihar sebagai tempat pelupusan sampah. Di negara maju, masyarakatnya begitu menjaga alam sekitar dan sungai mereka. Misalnya di Autralia saya pernah mengikuti kumpulan yang meredah hutan (bush walk). Kami diberi beg plastik setiap orang dan dimaklumkan supaya membawa keluar semula segala sisa bungkusan makanan. Tidak sedikit pun sisa ditinggalkan dalam hutan, kecuali semuanya dibawa pulang. Masyarkat kita mengharapkan orang lain untuk membersihkan sampah mereka. Semalam saya pergi lagi ke Kem Lolo dan nampaknya semakin banyak sampah. Entahlah apa akan jadi akan datang. Semua tempat begini akan tercemar dan tak seronok lagi untuk dilawati. Semasa mandi di sungai pangson, orang ramai tanpa segan silu membuang lampin bayi dan kita yang mandi merasa loya dan tak berselera lagi nak berendam.