Saturday, April 30, 2011

Kayuhan Perlis

Sempena cuti hari pekerja, aku balik bercuti ke kampung isteri Kangar. Bawa balik bersama basikal Trek lama 4500. Jumaat kayuh ke Gua Kelam, 53km=2jam 45 min. Sabtu kayuh ke Wang Angin, 41km= 3jam. Puncak Wang Angin ialah sempadan Malaysia-Thailand,Jejak basikal Wang Angin. Kebanyakannya aku tolak basikal, mendaki dan menurun.
Puncak Wang Angin bersempadan dengan Siam. Di sebelah Siam ada jejak yang hampir tertutup.
Berehat di tepi tali air bawah pokok yang nyaman di tengah sawah.
.Kayuhan sepanjang tali air menyeronokkan
Katak puru di Gua Kelam agak berbeza dengan katak puru biasa. Ia lebih besar dan basah.

No comments: